Gaya Hidup

Cara mohon maaf mengikut kajian saintis

Anda terbuat salah terhadap seseorang? Berikut adalah 5 langkah yang perlu diambil ketika memohon maaf kepada seorang individu menurut kajian yang dibuat di Amerika Syarikat.

1. Meluahkan rasa kesal
2. Terangkan di mana kesilapan anda
3. Memperakui tanggungjawab anda
4. Tidak buat lagi!
5. Pastikan anda sedia dan mampu memperbaiki keadaan semula
6. Minta ampun sepenuh hati

Menurut Profesor Emeritus Roy Lewicki dari Ohio University, langkah ketiga dan kelima adalah yang paling penting sekali ketika memohon maaf.

“Hasil kajian kami menunjukkan bahawa pengakuan salah adalah antara tindakan yang paling penting sekali.

Masalah terbesar ketika meminta maaf adalah sekiranya pemohon itu sekadar menggunakan mulut sahaja.

“Dengan mengatakan ‘saya akan memperbaiki keadaan semula’, anda komited dan mengambil berat untuk memperbaiki salah yang dibuat,” katanya.

Selain itu, Lewicki menyifatkan interaksi dan komunikasi secara bersemuka atau ‘face-to-face’ merupakan cara yang paling terbaik.

“Tentunya, hubungan mata serta keikhlasan adalah perkara yang paling penting ketika meminta maaf ketika berdepan seseorang,” katanya.

Sumber: http://www.cnet.com/news/how-to-apologise-perfectly-the-scientific-way/?

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close