AntarabangsaIsu Semasa

UberMotor pesaing Go-Jek di Jakarta

Jika anda pernah ke Jakarta, Indonesia, pasti anda pernah melihat perkhidmatan pengangkutan awam satu penumpang iaitu Go-Jek. Sebuah motosikal yang dipandu seorang penunggang itu akan membawa seorang penumpang sekali gus mengelakkan kesesakan jalan di majoriti jalan raya.

Namun, perang antara syarikat perkhidmatan pengangkutan awam semakin panas di seluruh dunia apatah lagi, Uber bakal mengumumkan perkhidmatan motosikal tersendiri dalam masa terdekat.

Dikhabarkan, aplikasi ‘UberMotor’ akan membesarkan lagi masalah sedunia ini yang menyaksikan ramai membantah cadangan tersebut gara-gara ia tidak adil bagi pekerja-pekerja yang sudah lama memberikan khidmat masing-masing kepada perkhidmatan itu.

Menurut pemandu dan penunggang pengakutan awam di Indonesia, Uber disokong oleh ‘orang-orang kaya’ dan itu membenarkan mereka tawarkan harga yang lebih rendah. Ia mencetuskan kontroversi kerana ia mampu menghapuskan pendapatan seorang pekerja awam bagi setiap bulan.

Sumber: http://phys.org/

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close