Gaya HidupKesihatan

Tips Sekiranya Anak Anda Dijangkiti Chicken Pox

Sebagai ibubapa, kesihatan anak-anak adalah perkara yang paling penting buat mereka daripada hal-hal yang lain. Terutamanya, sekiranya anak-anak anda dijangkiti chicken pox atau cacar air (tambah-tambah jika anak itu masih kecil). Apa yang lebih mendugakan adalah apabila lebih dari seorang anak anda telah dijangkiti penyakit ini.

Oleh itu, pada artikel kami kali ini, kami akan sediakan beberapa tips untuk penjagaan anak yang dijangkiti chicken pox:

  • Perhatikan sekiranya anak anda mempunyai simptom ruam (ruam merah diikuti gelembung air) dan sekiranya tahap kesihatan meraka merosot. Contohnya, kurang selera makan, demam, kurang aktif, sakit kepala, kerap meragam
  • Sekiranya simptom chicken pox ini dikesan lebih awal, dapatkan rawatan antiviral (Acyclovir) secepat mungkin bagi membendungnya daripada menjadi lebih teruk. Rawatan ini biasanya diberi 5 kali sehari, jangan lebih dari itu.
  • Jauhkan anak yang dijangkiti daripada kanak-kanak lain, wanita hamil dan orang tua. Kuarantin mereka di rumah anda bagi mengelak daripada virus chicken pox (Varicella zoster) daripada berjangkit kepada orang lain.
  • Sediakan menu makanan yang berkhasiat untuk anak anda bagi menjamin kesihatan dan sebagai pembekal tenaga kepada anak-anak anda. Tiada bukti saintifik berkenaan mengelak makanan berkicap dan berminyak, tetapi ia tidak mengganggu kesihatan anak anda jika diamalkan.
  • Pastikan pengambilan makanan anak-anak anda kerap walaupun sedikit. Elakkan makanan seperti “junk food” dan pastikan mereka kekal terhidrat.
  • Bagi mengelakkan rasa “miang” atau rengsa pada anak anda, pastikan mereka mandi dengan kerap dan kemudian sapukan losyen calamine.
  • Disamping bertindak mengurangkan rasa gatal, ubat antihistamine juga baik sebagai sedatif (kesan mengantuk) kepada anak anda supaya mereka mendapat rehat yang cukup dan mengelak mereka daripada menggaru.
  • Pastikan kuku anak anda bersih dan pendek. Jangan biarkan mereka garu kesan ruam yang ada.

Selain daripada memastikan kesihatan anak anda terjaga, kesihatan mental ibubapa itu sendiri memainkan peranan yang amat besar dalam “perang” yang sedang anak anda lalui ini. Kesimpulannya, ibubapa perlu bersedia secara mental, fizikal dan juga kewangan ketika menghadapi saat ini. Ini kerana, anda akan berdepan dengan pelbagai cabaran yang dimana anda perlu kuat demi anak-anak anda.

Sumber: Malaysian Medical Gazette

Show More

Related Articles

Back to top button