Sukan

KJ Setuju Debat Bersama TMJ, FAM tarik diri

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) telah bersetuju untuk mengadakan satu pendebatan terbuka yang membincangkan hala tuju skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaysia.

Keputusan itu dibuat susulan cabaran daripada Penaung Di-Raja Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Saya tidak tahu sama ada pendebatan ini akan memanfaatkan bola sepak negara tetapi saya setuju dengan cadangan TMJ. Saya terima dan akan mengatakan apa yang patut dikatakan nanti.

“Kami akan beri apa yang penyokong bolasepak Malaysia mahukan. Suara mereka perlu diutamakan kerana kami berkhidmat untuk mereka dan mereka berhak tahu apa masalah sebenar yang dihadapi bolasepak negara,” kata Khairy.

TMJ mencadangkan Khairy mengaturkan satu perbincangan antara mereka berdua, seorang wakil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Malaysia (NFDP) iaitu Lim Teong Kim dan Presiden Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B.Sathianathan.

Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee juga pasti berhajat selepas duduk semeja dengan TMJ, minggu lalu, namun terikat dengan keputusan FAM yang hanya mahu mengadakan ‘perbincangan serius secara tertutup’.

“Saya tidak sabar menanti berlangsungnya perbincangan secara terbuka yang akan dilakukan dihadapan semua penyokong bolasepak Malaysia. Bolasepak adalah milik rakyat dan mereka mempunyai hak untuk mengambil tahu tentang situasi-situasi yang dihadapi sekarang ini.

“Saya amat menghargai sekiranya mereka boleh membenarkan ramai penyokong bolasepak untuk turut hadir, supaya penyokong boleh bertanyakan secara terbuka mengenai apa-apa soalan yang mereka mahu tanyakan,” jelas TMJ

Dalam pada itu, penyokong bola sepak Malaysia dijemput melontarkan soalan, pandangan serta kritikan tersendiri mengenai prestasi Harimau Malaysia yang mengalami rekod terburuk ketika jatuh ke ranking ke-174 dalam dunia.

Tempoh hari, TMJ turut menggesa syarikat penyiaraan berbayar, Astro supaya membuat tayangan secara langsung. Namun, tidak ada sebarang kata balas dari pihak mereka setakat ini.

 

 

Kredit Imej: FreeMalaysiaToday

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker