Gaya HidupKesihatan

Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Anda Berhenti Mengambil Daging?

Berdasarkan kajian British Social Attitudes, 29% daripada populasi mereka telah mengurangkan pengambilan daging sejak beberapa tahun lalu. 9% daripada peratus tadi mengatakan bahawa mereka mahu mengurangkan pengambilan daging atau berhenti mengambilnya dengan serta merta. 3% lagi adalah vegetarian atau vegan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa perkara ini pernah terlintas di fikiran anda atas sebab-sebab etika atau kesihatan tertentu. Namun begitu, apakah sebenarnya yang akan berlaku kepada badan anda sekiranya anda berhenti mengambil daging?

  1. Berat anda akan turun

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Akademi Pemakanan dan Dietetik, mereka yang memotong pengambilan daging daripada diet mereka akan kehilangan sebanyak 4.5kg secara purata.

  1. Bakteria pada usus anda akan berubah

Apa yang anda makan melambangkan sistem penghadaman anda. Kajian yang telah dibuat pada tahun 2014 telah mendapat perbezaan antara bakteria usus yang dijumpai dalam badan mereka yang omnivor, vegan, vegetarian. Perbezaan yang paling ketara adalah diantara omnivor dengan vega – yang tidak mengambil apa-apa produk haiwan sekalipun.

  1. Nutrien dalam badan anda akan berkurangan

 

Diet vegetarian atau vegan yang seimbang dapat membekalkan nutrien yang cukup dengan perancangan yang betul. Tetapi ianya agak sukar bagi mendapatkan zat besi, vitamin D dan vitamin B12 yang secukupnya. Makanlah makan seperti kacang dan lentil, kacang, buah-buahan, sayur-sayuran hijau gelap, bijirin penuh dan bijirin dengan zat besi bagi mendapatkan zat-zat yang secukupnya. Selain itu, Vitamin B12 pula boleh didapati dalam produk ekstrak yis seperti Marmite, bijirin sarapan, dan produk soya.

  1. Risiko anda untuk mendapat kanser akan berkurang

 

Menurut World Health Organisation, daging proses dikelaskan sebagai karsinogen (sesuatu yang boleh menyebakan kanser), dan produk seperti bacon dan salami pula dikategorikan sebagai formaldehid (yang juga sama kelasnya dengan sinaran gamma dan rokok). Daging merah juga dilabelkan untuk “mungkin” mempunyai ciri-ciri yang boleh menyebabkan kanser. Pengambilan 50g daging proses atau 2 keping bacon sehari akan meningkatkan risiko kanser usus sebanyak 18%.

  1. Risiko anda untuk mempunyai penyakit jantung juga akan berkurang

Para saintis baru-baru ini mendapati bahawa daging merah dikaitkan dengan penyakit jantung. Kajian oleh Institut Penyelidikan Lerner di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa carnitine, nutrien yang terdapat dalam makanan, memberi tindak balas kepada usus mikrob yang menyumbang kepada perkembangan penyakit jantung.

Jadi, berdasarkan info yang disediakan di atas, jangan ingat yang jika anda berhenti mengambil daging tiada keburukannya, kerana setiap perkara di dunia ini mempunyai kebaikan dn keburukannya yang tersendiri.

Sumber: The Independent

Show More

Related Articles

Back to top button
Close