Sukan

Dalibor Volas jadi penyelamat Tok Gajah

Biarpun terpaksa menghadapi satu musim yang sangat mengecewakan, nama Dalibor Volas membawa sedikit positif buat Pahang FC dalam saingan Liga Super.

Sukar untuk dipercayai bahawa kemenangan 3-4 ke atas Perak semala merupakan kemenangan pertama buat skuad Tok Gajah setelah mengharungi 7 perlawanan dalam liga musim ini.

Keadaan Pahang dianggap berada di tahap yang sangat kritikal apatah lagi terpaksa lihat pengendali¬†Ahmad Shaharuddin Rosdi ‘direhatkan’ mankala Ketua Pegawai Eksekutif kelab, Fahrizal Hassan turut meletakkan jawatannya.

Bagaimanapun, pengendali semasa iaitu Razip Ismail membawa tuah pada perlawanan keduanya dan Volas seolah-olah melepaskan geram ketika meledakkan hatrik menentang Perak di Stadium Perak.

Ketibaan pemain kelahiran Slovenia itu membuahkan hasil setelah mengutip 4 gol setakat ini. Apapun, diharapkan Volas berjaya meledakkan gol dengan lebih konsisten sekali gus mempertingkatkan lagi ‘efficiency’ bersama seorang lagi awang import, German Pacheco

Pada pendapat penulis, Pahang adalah kuasa besar dalam Liga Malaysia dan tidak rela melihat bekas juara Piala Malaysia 2014 itu ditendang ke Liga Perdana. Kehilangan beberapa pemain tunjang dan keputusan untuk menerapkan falsafah ‘pemain DNA Pahang’ menurunkan darjat mereka.

Apa yang pasti, kemenangan itu memberi semangat baharu buat anak didik Razip Ismail. Apakah Pahang dapat mengabil kesempatan ke atas suntikan semangat itu? Jika Volas mampu pamerkan aksi seperti itu, maka nyawa Pahang belum ditarik lagi..

Show More

Related Articles

Back to top button