Gaya HidupKecantikanKesihatan

Contact Lens Anda Mungkin Dijangkiti Bakteria Kulit?

Sekiranya anda menggunakan contact lens (kanta lekap), anda mungkin tidak pernah mematuhi kesemua peraturan yang ada sebagai pengguna. Lagipun, ianya agak menjengkelkan untuk setiap kali menukar air solusinya dan membasuh tangan anda sebelum menyentuh mata anda.

Tambahan pula, mungkin ada juga di antara pemakai yang tidak benar-benar membuang contact lens mengikut tarikh yang disyorkan.

Walau bagaimanapun, sudah tiba masanya untuk anda sedar bahawa semua tabiat buruk itu akan mengundang perkara-perkara lain yang tidak diingini.

 

Pemakai Contact Lens Mudah Dijangkiti Bakteria?

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal mBio, mereka yang memakai contact lens mempunyai perkadaran yang lebih tinggi untuk berjangkit dengan bakteria kulit Pseudomonas, Acinetobacter, Methylobacterium dan Lactobacillus dalam mata mereka.

Para penyelidik masih tidak dapat mengenal pasti jika punca sebenar ianya berlaku sama ada ia berlaku akibat daripada cara pengendalian contact lens, atau contact lens itu sendiri mengaktifkan bakteria di mata anda.

Menurut Michelle Akter, M.D., pakar mata di Pusat Mata Akler di Dearborn, Michigan, walaupun ada kemungkinan untuk bakteria itu membuatkan jangkitan mata anda lebih teruk, Ia tidak menukar komposisi mikrob pada mata, tetapi mata yang sentiasa dijajah dengan beberapa mikrob.

Selain itu, menurut Robert J. Noecker, M.D., pakar mata di Ophthalmic Consultants of Connecticut, penjagaan contact lens yang tidak betul boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat ulser kornea atau jangkitan jika anda telah menjalani pembedahan mata seperti Lasik.

 

Jadi patutkah anda menukar daripada contact lens kepada cermin mata?

Dr Akler berkata, ianya bergantung kepada cara anda memakainya. Jika anda mengendalinya dengan baik, beliau berkata anda boleh meneruskan memakai contact lens tersebut.

Namun begitu, kalau anda memakainya lebih daripada masa yang sepatutnya (memakainya semasa tidur), anda mungkin sedang meminta masalah.

“Walau contact lens yang terbaik di dunia sekalipun tidak membekalkan 100% oksigen untuk kornea anda,” jelas Noecker. Ia akan menyebabkan kornea anda membengkak, terutama ketika sedang tidur.

Jika ini terjadi, sel-sel pada permukaan mata anda mungkin akan terhakis dan membolehkan bakteria untuk memasuki kornea, dan menyebabkan jangkitan.

Kesimpulannya, jagalah cara pengendalian dan kebersihan contact lens anda dengan betul. Ini kerana, sekiranya anda menyentuh mata anda tanpa membersih tangan atau contact lens anda terlebih dahulu, ia bakal mengundang jangkitan-jangkitan yang tidak diinginkan.

Sumber: WomensHeathMag.com

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close