Gaya HidupKesihatan

Bagaimana Untuk Mengawal Diri Anda Ketika Berada Di Ambang Kemarahan

Anda mungkin sememangnya seorang yang amat baran atau anda mungkin antara mereka yang jarang menunjukkan kemarahan ketika berada dalam situasi yang tegang tetapi sekiranya anda betul-betul marah, api yang membara itu sudah tidak lagi dapat dipadamkan.

Berikut adalah antara langkah yang boleh diambil untuk mengawal kemarahan anda itu.

  1. Berikan Diri Anda Masa Untuk Berfikir

“Tiada siapa yang dapat berfikir dengan rasional apabila mereka dalam kemarahan.” kata Harriet Lerner, Ph.D., pengarang The Dance of Anger.

Jadi sebelum anda bersuara, berikan diri anda masa untuk berfikir terlebih dahulu.

Fikirkan dengan jelas tentang apa isu sebenar, apa yang anda mahu capai, dan bagaimana cara bagi memaksimumkan peluang anda untuk akan didengari apabila anda mengatakan sesuatu, kata Lerner.

2. Ketahui Emosi Anda Yang Sebenarnya

Kadang-kadang apabila kita marah, sebenarnya ada emosi lain yang bermain. Itulah sebabnya Deborah Rozman, Ph.D., penulis Transforming Anger: The HeartMath Solution for Letting Go of Rage, Frustration, and Irritation, telah mencadangkan untuk  bertanya kepada diri anda sendiri soalan-soalan berikut:

Adakah saya berasa tidak dihormati?

Adakah saya rasa diadili secara tidak adil?

Adakah saya rasa tidak dipedulikan?

Lagipun, jika anda tidak benar-benar marah, tetapi sedih, anda boleh mendekati masalah anda dengan cara yang berbeza.

3. Tarik Nafas

Salah satu cara yang paling mudah untuk menjimatkan tenaga dan menenangkan diri anda adalah dengan menarik nafas sedikit perlahan selama satu minit sementara memberi tumpuan pada jantung anda.

“Melakukan ini akan melicinkan pergerakan jantung anda dan menghantar isyarat kepada otak anda untuk mengurangkan pada reaksi dan untuk dapat mengawal emosi diri anda sendiri,” kata Deborah Rozman.

Jika anda hanya mampu melakukannya selama 30 saat, ia masih berbaloi.

4. Ambil Masa Sebanyak Mana Yang Anda Perlu

Sebelum memarahi seseorang itu, ingat: “Melepaskan kemarahan anda begitu sahaja tidak akan menyelesaikannya,” kata Lerner.

Cara yang terbaik adalah dengan mengatakan “Saya memerlukan masa untuk berfikir tentang keadaan ini. Lebih baik kita cari masa lain yang lebih sesuai untuk berbicara tentang hal ini.” Ingat: Masa dan kebijaksanaan adalah tidak bertentangan dengan kejujuran.

Oleh itu, jika anda rasa tidak tahan untuk melepaskan kemarahan yang membara di dalam diri anda itu, amalkan lah langkah-langkah di atas untuk tidak membuatkan keadaan lebih teruk.

Sumber: http://www.womenshealthmag.com/health/anger-management-tips

Show More

Related Articles

Back to top button
Close