Darah boleh muncul pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Tetapi bukan semuanya berbahaya. Ini adalah beberapa langkah yang boleh diambil sekiranya anda terjumpa darah dalam beberapa cecair badan ini.
Air Kencing
Anda mungkin sedang menghidap UTI atau infeksi pada pundi kencing anda. Terutamanya jika anda juga telah mengalami rasa panas dan rasa ingin kencing yang melampau. Sekiranya anda juga demam atau sakit belakang, ini mungkin disebabkan jangkitan buah pinggang. Jumpa doktor anda dalam masa 48 jam untuk pengesahan dan mendapatkan antibiotik.
Najis
Beberapa tompokan darah di cecair ini adalah antara petanda fisur – kulit terkoyak di bahagian lubang dubur anda yang akan sembuh dengan sendirinya. Ianya terjadi setelah anda melepaskan hajat yang sangat besar dan banyak. Percikan kemerahan adalah isyarat bagi buasir yang boleh dirawat. Tetapi sekiranya terdapat darah pada tahi itu sendiri, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor bagi mengelak masalah lain seperti kanser.
Susu Ibu
Tekanan yang berat daripada bayi atau pam susu anda akan menyebabkan keretakan pada puting anda, terutamanya pada minggu pertama anda mula menyusukan bayi anda. Anda tidak perlu berhenti daripada menyusukan anak anda kerana anda akan pulih dalam masa seminggu.
Muntah
Tekanan yang kuat pada tekak anda akan menyebabkan sedikit daripada saluran tekak anda pecah dan akan meninggalkkan kesan darah tersebut. Sekiranya semua yang anda muntahkan itu berwarna merah atau menyerupai serbuk kopi, segera ke bilik kecemasan. Ini kerana anda mungkin mengalami sesuatu yang mungkin boleh mengancam nyawa anda seperti pendarahan dalam perut atau esofagus.
Hingus
Selsema, udara kering, dan trauma boleh mencederakan lapisan hidung anda. Sekiranya apa yang anda alami adalah hidung berdarah yang kuat, sengetkan kepala anda ke depan dan bukannya ke belakang, dan picit hidung anda selama 15 minit atau sehingga pengaliran darah itu berhenti. Jika pendarahan yang berat seperti itu berlaku lebih daripada dua kali sebulan, jumpa doktor anda untuk ujian yang selanjutnya kerana anda mungkin menghidap leukemia.
Sumber: http://www.womenshealthmag.com/health/blood-in-bodily-fluids