Gaya Hidup

5 Keistimewaan Ekstrovert Yang Anda Tidak Tahu!

Jika artikel kami yang lepas membincangkan kelebihan mereka yang bersifat introvert, kali ini kami akan memaparkan beberapa keistimewaan orang yang bersifat ekstrovert pula kepada kalian semua!

1. Mereka Cepat Berfikir

Ini bukan bermakna mereka adalah lebih bijak daripada introvert; ia adalah kerana otak mereka berfungsi secara berlainan daripada orang lain. Bagi mereka rasangan (seperti pengalaman baru atau soalan spontan daripada bos) akan membuat otak mereka memberi tindak balas yang singkat melalui kawasan di tengah-tengah otak yang memproses rasa, sentuhan, dan maklumat visual.

2. Mereka Suka Bergaul

Ekstrovert mengidamkan kehadiran orang lain, mereka hidup di kalangan kenalan yang berpotensi.

3. Mereka Suka Mengambil Risiko

Disebabkan sensitiviti mereka terhadap dopamine (neurotransmitter yang mengawal system ganjaran pada otak mereka, kebanyakan ekstrovert menjalani hidup mereka berasaskan risiko dan ganjaran. Menyukai risiko sememangnya bukanlah perkara yang baik untuk dilakukan selalu, tetapi kelebihannya adalah, ia akan membantu anda dari aspek kerjaya anda kelak.

4. Mereka Sentiasa Gembira

Mereka mungkin lebih gembira daripada introverts. Orang-orang yang berasa atau bertindak lebih ekstrovert dalam situasi harian adalah lebih bahagia daripada mereka yang lebih lemah. Bersifat lebih ekstrovert dalam tingkah laku setiap hari boleh membawa kepada perasaan yang lebih positif.

5. Mereka Mahir Dalam Mempelajari Bahasa Kedua

Skil ini berkait dengan identity mereka yang berani mengambil risiko. Mereka yang suka mengambil risiko adalah lebih cenderung untuk mengambil sistem bahasa yang sedia ada yang cukup tinggi dan, seterusnya, cemerlang dalam bahasa kedua tersebut.

Menarik bukan sifat-sifat istimewa yang para ekstrovert ni bawa? Mereka ini sememangnya antara golongan yang patut disegani dan di hormati disebabkan keberanian mereka dalam menjalani kehidupan seharian.

Sumber: http://www.rd.com/health/wellness/extrovert-personality-strengths/

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close