AntarabangsaIsu SemasaTempatan

5 Sebab Belia Mudah Terjebak Dengan Kumpulan Pengganas

Pada zaman millennium ini, kebarangkalian untuk orang muda melibatkan diri dalam kumpulan pengganas dilihat semakin berleluasa dan berada di tahap yang membimbangkan.

Seperti yang kita lihat di akhbar dan laman-laman berita lain, kebanyakan aktiviti keganasan yang berlaku di seluruh dunia dicetuskan oleh orang-orang muda yang berusia antara 20 hingga 30 an.

Persoalannya, apakah yang mendorong belia pada zaman ini untuk menyertai dan melakukan keganasan sedangkan ia secara terang-terangan salah dari sisi agama dan juga undang-undang? Apakah yang mempengaruhi fikiran mereka?

Di sini, kami senaraikan 5 punca yang menyebabkan orang muda terpengaruh untuk menyertai kumpulan-kumpulan pengganas dengan hati yang rela.

1. MEREKA MENCARI IDENTITI DIRI

whoami2
Gambar sekadar hiasan

Kebanyakan orang muda yang menyertai kumpulan pengganas adalah kerana mereka masih tidak mengetahui dan ingin mencari identiti diri sendiri. Sebuah kajian dari United States Institute of Peace (2010) mendapati bahawa beberapa individu daripada 2,032 ‘pejuang luar’ yang menyertai Al-Qaeda adalah dikalangan golongan “pencari identiti”.

Jadi, mereka yang berpotensi untuk menjadi seorang pengganas adalah mereka yang ingin mencari jawapan untuk soalan “Siapakah aku?”. Dalam pada itu, mempunyai kisah silam yang gelap juga menjadi punca utama yang mendorong mereka  untuk menjadi pengganas.

2. MEREKA INGIN RASA DIPERLUKAN

WhereDoIFitheader
Gambar sekadar hiasan

Kumpulan pengganas akan berkembang dengan lebih mudah dengan merekrut orang-orang muda yang mempunyai “keinginan untuk diperlukan”. Menurut Randy Borum, seorang profesor di University of South Florida, individu yang berpotensi untuk menjadi pengganas adalah mereka yang mencari “rasa ingin diperlukan”, perhubungan dan juga kefahaman di dalam kumpulan pengganas.

Orang muda yang dapat memenuhi keinginan ini buat kali pertama dalam hidupnya akan menjadikannya sebagai alasan utama untuk kekal lama dalam kumpulan pengganas dan menjadi penyokong yang aktif dalam aktiviti keganasan.

3. MEREKA INGIN PERBETULKAN ‘KETIDAKADILAN’

c3c0e36723bc2e67fa42f2ebf497f4c5
Gambar sekadar hiasan

Membetulkan perkara  yang dianggap ‘salah’ oleh pengganas adalah faktor utama belia memutuskan untuk turut serta dalam aktiviti keganasan. Sebagai contoh pada zaman ini, pengganas akan mempengaruhi minda  bahawa negara barat memusuhi agama Islam. Apabila timbul isu perkara sensitif seperti agama, ini akan ‘mengukuhkan’ lagi alasan orang muda untuk melakukan keganasan dan ‘berjihad demi kesucian agama’, sedangkan agama Islam atau mana-mana agama sekali pun tidak pernah mengajar penganutnya untuk melakukan sebarang bentuk keganasan.

Selain itu, salah satu dorongan kuat yang mampu mempengaruhi minda golongan muda adalah dendam. Dendam yang dimaksudkan dalam konteks ini bukanlah membalas dendam untuk diri sendiri, tetapi untuk orang-orang yang mereka rasa telah teraniaya.

4. MEREKA MENCARI ‘KESERONOKAN’ (THRILL)

17042600_1371570120_de_cbble0003
Gambar sekadar hiasan

Kajian United States Institute for Peace yang selanjutnya menunjukkan bahawa segelintir individu (5% daripada 2,032 ‘pejuang luar’) selalunya tertarik dengan keganasan yang dipaparkan dalam permainan video dan juga cerita-cerita perang. Menurutnya lagi, individu yang berpotensi untuk menjadi pengganas kebanyakannya datang daripada keluarga kelas pertengahan atau kelas tinggi yang menyertai kumpulan pengganas itu akibat rasa bosan yang mereka alami.

Individu-individu dari kategori ini selalunya tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan mereka melibatkan diri dalam aktiviti keganasan semata-mata untuk memenuhi keinginan mereka yang mahukan ‘pengembaraan penuh aksi’.

5. MEREKA BERSIMPATI TERHADAP KUMPULAN TERTENTU DAN ‘MERADIKALKAN’ DIRI SENDIRI MELALUI INTERNET

enhanced-buzz-24015-1366740573-9
Gambar sekadar hiasan

Ramai dikalangan orang muda melangkah kehadapan daripada menjadi penyokong yang pasif kepada penyokong  aktif, di mana mereka benar-benar terlibat dalam aktiviti keganasan melalui internet. Internet mampu mengarah dan mengajar pengganas berpotensi bagaimana cara untuk membina bom, menyertai sesuatu organisasi, memberi dana kepada pengganas dan juga berkongsi maklumat.

Jika kita perasan, internet boleh menjadi ‘kem latihan alam maya’ pasukan pengganas dalam pelbagai cara.  Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Amerika Syarikat mendapati tiga cara orang muda untuk berubah menjadi radikal.

(a) Mencari bahan hiburan

(b) Mencari satu komuniti yang mereka anggap ‘sekepala’

(c) Mencari maklumat berkaitan warisan, tradisi, dan ideologi yang berhubung kait dengan kumpulan radikal tertentu.

Akhir kata, semoga semua golongan belia, terutamanya di Malaysia dapat berfikir secara matang dan rasional supaya tidak terjebak dengan mana-mana ideologi kumpulan pengganas yang hanya bermatlamat untuk melakukan kemusnahan dan perpecahan.

Gunakanlah kemudahan internet yang ada dengan sebaiknya demi menimba ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk sepanjang hidup.

Sumber: http://www.buzzfeed.com/andrewkaczynski/reasons-why-young-people-become-terrorists#.bw6wY5Rop

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker