Gaya HidupKesihatan

Merokok Tidak Mengundang Sebarang Risiko?

Seperti mana yang sering diiklankan di TV dan pelbagai lagi media massa lain, rokok sememangnya boleh membawa maut. Rokok, menambahkan lagi potensi anda untuk mendapat pelbagai lagi penyakit lain selain daripada kanser paru-paru.

Berikut adalah antara penerangan mengenai dakwaan bahawa merokok tidak mengundang sebarang bahaya kepada kesihatan mereka yang menghisapnya, dan juga mereka yang tidak pernah merokok.

  • Setiap Individu Mempunyai Tahap Ketahanan Yang Berbeza

Setiap orang mempunyai tahap yang berlainan dalam aspek pembentukan sel kanser dalam tubuh badan mereka. Bagi sesetengah orang, ianya akan mengambil masa selama 50 tahun sebelum mereka mendapat kanser paru-paru dan yang lain pula hanya mengambil masa selama 3 tahun.

  • Ada Sesuatu Dalam Genetik Anda

 Faktor genetik juga memainkan peranan yang amat besar dalam hal ini. Ada gen yang boleh mendedahkan sesetengah individu kepada risiko kanser paru-paru, seperti gen RGS17. Berita baik tentang gen ini adalah, gen ini boleh “dihidupkan” dan “dimatikan”.

Bagi mengelak ia daripada “dihidupkan” adalah dengan menjauhi perokok dan rokok, makanan atau masakan yang mengandungi bahan-bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.’

  • Perkara Dipersekitaran Rumah Anda

 Perkara yang kami maksudkan di sini adalah Gas Radon – gas radioaktif yang boleh menyebabkan kanser. Gas ini bersumber daripada uranium yang wujud dalam batu-batu dan tanah.

Uranium boleh berada dalam bahan binaan rumah anda kecuali jika anda tinggal dalam rumah 100% kayu atau papan.

  • Sesuatu Di Tempat Kerja Anda

Tempat kerja anda juga boleh menyebabkan nyawa anda dalam bahaya. Ini kerana, gas radon yang kita katakan tadi juga terdapat di situ. Hal ini kerana, tempat kerja juga merangkumi lombong atau kuari, stesen petrol, tapak pembinaan dan bengkel kereta yang menyebabkan kita terdedah dengan zarah asbestos.

  • Sesuatu Di Dalam Udara

Berdasarkan kajian WHO (World Health Organisation/ Organisasi Kesihatan Sedunia) dan IARC (International Agency for Research on Cancer/ Agensi Internasional bagi Kajian Kanser) Pencemaran udara adalah ejen penyebab kepada kanser paru-paru. Sekiranya anda tinggal berdekatan dengan punca pencemaran udara, inilah masanya untuk bertindak dan melakukan perubahan.

  • Perokok Pasif / Perokok “Tangan Ketiga”

Walaupun anda katakan yang anda tidak merokok di hadapan anak-anak atau orang-orang yang anda sayang, bahan buangan daripada rokok dan asapnya boleh melekat pada pakaian, tangan dan rambut anda.

Kesan itu, kemudian akan dipindahkan kepada mereka secara tidak langsung, dan kemudian membahayakan nyawa mereka.

Kesimpulannya, atas faktor-faktor yang telah disenaraikan di atas, berhentilah merokok. Ini kerana, dengan berhenti merokok anda bukan sahaja dapat selamatkan diri anda, malah juga mereka-mereka yang disekeliling anda.

Sumber: Malaysian Medical Gazette

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close