Gaya HidupKesihatan

Apa itu Vegetarian Diet

Oleh DietRez

Semakin ramai yang memilih pemakanan sihat untuk mencegah sebarang risiko yang boleh memudaratkan kesihatan mereka. Ada di antara mereka mula mengamalkan ‘vegetarian diet’.

Jenis diet ini bukanlah diet yang baru, malah telah diamalkan ramai beratus tahun lalu. Malah ramai rakyat Malaysia yang beragama hindu dan Buddhist mengamalkan ‘vegetarian diet’.

Tahukah anda apa itu ‘vegetarian diet’? Berikut adalah 5 fakta mengenai diet ini:

  1. Diet ini tidak melibatkan pengambilan sumber haiwan, termasuk sumber ikan atau sumber makanan laut. Apabila anda menyediakan masakan bagi mereka yang mengamalkan ‘vegetarian diet’, elakkan penggunaan belacan, udang kering dan ikan bilis.
  1. Seboleh-bolehnya, elakkan penggunaan alat-alat memasak yang digunakan untuk memasak sumber haiwan atau sumber makanan laut.
  1. Kebanyakan mereka masih mengamalkan pengambilan sumber susu dan telur.
  1. Bagi mereka yang sangat patuh pada diet ini, susu akan ditukarkan dengan susu soya atau sumber lain dan telur pula ditukarkan dengan tahu. Ini lebih dikenali sebagai ‘vegan diet’.
  1. ‘Vegetarian diet’ adalah diet yang sihat tetapi ia juga kekurangan beberapa nutrisi penting yang kebanyakannya diperoleh dari sumber haiwan. Contohnya, sumber zat besi, kalsium, vitamin B12 dan omega-3. Pengambilan vitamin dan mineral suplimen adalah digalakkan untuk mencegah malnutrisi yang boleh menyebabkan kurang darah atau anaemia dan osteoporosis.

#Tips: Bagi mereka yang baru mula mengamalkan diet ini, hubungi dietitian anda untuk memastikan pemakanan anda seimbang.

*DietRez merupakan seorang pakar diet (dietitian) dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang kencing manis dan buah pinggang di UK. Beliau seorang pakar pemakanan bertauliah berkelulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2000 dan menjadi pakar diet berkelayakan dengan Ijazah Sarjana Pemakanan dan Dietetik dari Flinders University of South Australia, Adelaide pada tahun 2002. Mula berkhidmat sebagai seorang pakar diet di Hospital Pakar Ampang Puteri selama setahun sebelum menerima jawatan di England. Beliau kini bekerja untuk Hospital Universiti North Middlesex sebagai Pakar Dietetik Kencing Manis dan didaftarkan di bawah Healthcare Professional Council UK dan British Dietetics Association. Beliau merupakan seorang ahli aktif Renal Nutrition Group, Diabetes UK, London Diabetes Dietitian Network dan London Eating Disorder Group

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button