Sukan

Welson Sim tambah satu lagi acara Olimpik

Perenang sensasi negara, Welson Sim akan mewakili Malaysia dalam acara 100m gaya iaitu acara ketiga secara keseluruhan pada saingan Sukan Olimpik, Rio tahun ini.

Sebelum ini, Welson mencipta kejutan apabila mencatat masa ‘Kategori A’ bagi acara 200m dan 400m gaya bebas pada Kejohanan
Renang Peringkat Umur Kebangsaan Singapura awal bulan lalu.

Biarpun gagak melepasi rekod kebangsaan yang masih menjadi milik Daniel Bego, anak jati Sarawak itu boleh berpuas hati setelah memperbaharui rekod peribadinya.

“Saya telah berjaya lakukan catatan terbaik dalam acara 100m gaya bebas, saya tidak terlalu tertekan menjelang ke Rio, saya mahu buat yang terbaik,” kata Welson.

Setiausaha Persatuan Renang Sarawak, Anthony Kong, berpendapat Welson mempunyai bakat untuk melayakkan diri dalam satu lagi acara renang iaitu 1,500m gaya bebas.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close