Gaya HidupKesihatan

10 Mitos & Fakta Tentang HIV

Kita sering didedahkan dengan pelbagai jenis medium tentang penyakit HIV ini. Walau bagaimanapun, adakah kesemua maklumat yang diterima itu benar atau mungkin ada unsur tokok tambah padanya? Berikut adalah antara mitos dan fakta mengenai penyakit ini yang anda perlu tahu!

Mitos 1: Anda boleh dijangkiti dengan hanya berada di sekeliling orang yang HIV positif

Fakta: Kenyataan ini tidak benar kerana kita hanya akan berjangkit dengan mereka yang HIV positif melalui sentuhan dengan cecair badan mereka, seperti darah, susu badan, air mani dan lelehan vagina.

Mitos 2: Saya boleh tahu sama ada seseorang itu penghidap HIV dengan sekali pandang sahaja

Fakta: Mengikut kajian, separuh daripada kalangan manusia tidak tahu bahawa mereka menghidap HIV – jadi bagaimana kita boleh tahu? Oleh itu, kita dinasihatkan untuk tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan sesiapa sahaja tidak mengira status hubungan anda dengan pasangan anda.

Mitos 3: Saya boleh dijangkiti HIV menerusi nyamuk

Fakta: Kenyataan ini tidak benar kerana virus ini tidak boleh membiak menerusi nyamuk, pepijat katil, kutu atau mana-mana serangga lain yang menghisap darah.

Mitos 4: Saya penghidap HIV positif maka saya tidak boleh menyusukan bayi saya / HIV boleh berjangkit menerusi susu badan, jadi saya tidak mahu bayi saya minum susu yang disumbangkan oleh orang lain.

Fakta: Dengan menjalani rawatan antiretroviral, seorang ibu yang menghidap HIV itu boleh menyusukan anaknya. Ini kerana, rawatan itu dapat mengurangkan kadar virus yang ada pada dirinya daripada berpindah kepada bayinya. Sekiranya, bayi hendak diberikan susu badan orang lain, orang itu haruslah menjalani saringan penyakit berjangkit, ataupun menggunakan kaedah “flash heating” bagi mempasteurkan susu badan yang disumbangkan itu.

Mitos 5: Saya baru sahaja disahkan sebagai penghidap HIV positif – rakan-rakan mengatakan yang saya akan mati tidak lama lagi.

Fakta: Ini tidak benar, kerana dengan rawatan Antiretroviral akan dapat mengubah jangka hayat bagi kes-kes jangkitan yang baru

Mitos 6: Saya heteroseksual dan tidak mengambil dadah IV – saya tidak mungkin dijangkiti HIV positif. Saya tidak perlu menjalani ujian saringan.

Fakta: Ini tidak benar. HIV boleh berjangkit kepada kedua-dua jantina

Mitos 7: Ramai kawan saya meninggal dunia selepas mula menjalani terapi antiretroviral therapy (ART)

Fakta: Ini tidak benar, kerana dengan terapi ini terbukti dapat menghentikan pembiakan virus dalam darah dan dengan berbuat demikian, sistem imun badan anda dapat pulih.

Mitos 8: Saya boleh mengambil ubat-ubat tambahan (supplement) kesihatan ini bagi mengawal HIV saya – saya tidak perlu jalani terapi ART

Fakta: Kesemua dakwaan ubat tambahan kesihatan ini tidak ada bukti yang kukuh untuk merawat jangkitan HIV ini. Dengan ubatan tambahan kesihatan, anda sebenarnya mengambil risiko besar terhadap kesihatan anda terutamanya jika anda membuat keputusan menghentikan terapi ART dan meneruskan dengan terapi yang tidak terbukti kesannya.

Mitos 9: Pasangan saya adalah penghidap HIV positif. Saya pula bukan penghidap. Semua orang memberitahu yang saya juga akan mendapat jangkitan HIV. Kami tidak boleh mendapat anak lagi.

Fakta: Pontensi untuk anda berjangkit adalah rendah sekiranya pasangan anda menjalani terapi ART. Bagi pasangan yang salah seorangnya dijangkiti HIV, mereka boleh mendapat kan anak melalui membincangkan rancangan anda untuk hamil bersama pakar-pakar penyakit berjangkit dan obstetrik.

Mitos 10: Jangkitan HIV tidak boleh diubati, oleh itu tidak ada gunanya ujian saringan dibuat / mendapatkan rawatan awal

Fakta: Ini tidak semestinya benar, kerana dengan mendapatkan ujian lebih awal, diagnosis awal dapat dilakukan. Sekiranya anda memulakan terapi ART pada peringkat awal penyakit, hasil yang bakal anda perolehi jauh lebih baik berbanding seseorang yang mendapat rawatan pada peringkat akhir penyakit.

Semoga dengan fakta-fakta baru yang diberikan, sedikit-sebanyak dapat mengubah persepsi masyarakat kita mengenai isu jangkitan HIV ini.

Apa yang paling penting adalah, jangan sesekali kita mendiskriminasikan mereka yang menghidap HIV, kerana mereka juga adalah manusia biasa yang juga menjalani hari-hari mereka seperti kita.

Show More

Related Articles

Back to top button