Sukan

D’Herbs-Kedah: Tiga tahun, RM30 juta

Empayar kosmetik D’herbs, yang diasaskan Datuk Aliff Syukri akan menyalurkan sebanyak RM30 juta dalam tempoh tiga tahun kepada pasukan Liga Super, Kedah.

Apa yang pasti, penyokong setia skuad Lang Merah pasti bersorak apatah lagi D’Herbs terlibat dalam satu perlawanan ‘tarik tali’ bersama Terengganu untuk mendapatkan khidmat Datuk Aliff.

“Kita sudah hampir capai persetujuan, pengasas D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman akan bertemu dengan Menteri Besar yang juga Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada Jumaat,” kata Datuk Aminuddin Omar, Setiausaha Kehormat KFA.

Persoalannya, apakah D’Herbs akan melaksanakan tugas dengan lebih ‘professional’ berbanding seorang lagi jutawan kosmetik negara, Datuk Seri Dr. Vida yang seolah-olah telah mengambil alih pasukan Kelantan?

Bisnes tetap bisnes, tetapi bolasepak sentiasa menjadi milik penyokong..

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close