Gaya HidupKesihatan

Cara Berpesta Tanpa Ada Risiko Kematian

Kebanyakan anak muda suka berpesta. Kegiatan ini sememangnya tiada salahnya jika ianya tidak keterlaluan. Namun begitu, sudah berapa kali kita dikejutkan dengan berita kematian dikalangan mereka akibat overdose?

Ya, dadah dan alkohol adalah elemen utama mereka bagi mendapatkan keseronokan tahap klimaks yang mereka inginkan ketika berpesta.

Mungkin akan ada yang cuba katakan bahawa jika mereka (dadah & alkohol) diambil dengan betul, anda boleh menggunakannya dengan selamat. Tetapi persoalannya, adakah mereka tahu bagaimana untuk mengambilnya dengan bijak?

Bagi pengetahuan anda semua, pengalaman dalam pengambilan dadah dan minuman keras ini tidak sentiasa berakhir dengan keseronokan.

Dadah seperti MDMA boleh memberikan tahap kegembiraan yang tinggi (kerana ia meningkatkan serotonin anda yang merupakan hormon gembira dalam otak). Tetapi sebaik sahaja kesannya berakhir – impak yang anda rasa selepas itu boleh membuat anda berasa tertekan, ibarat anda sedang hidup di dalam neraka.

Memandu dalam keadaan mabuk boleh membunuh bukan sahaja anda tetapi juga orang di sekeliling anda. Atau boleh menyebabkan anda melanggar kereta kesayangan anda sendiri dengan pokok.

Alkohol dan bahan-bahan psikoaktif lain menjejaskan pertimbangan anda dan mengurangkan kekangan anda, meningkatkan risiko anda terlibat dalam aktiviti seksual yang berisiko (sama ada dengan orang yang tidak dikenali, atau orang yang anda tahu tetapi yang anda tidak mengetahui tentang sejarah seksual mereka sebelum ini).

Tetapi, sekiranya anda masih mahu mengambilnya, berikut adalah antara langkah-langkah bagi mengurangkan apa-apa risiko yang tidak diingin:

  • Jangan campurkan ubat-ubatan (terutamanya amphetamine-jenis bahan-bahan) dengan alkohol.
  • Buat kajian terhadap dadah yang ingin diambil
  • Minum bersama mereka yang anda percaya untuk membantu anda dalam apa-apa situasi. Jangan pergi seorang diri.
  • Jangan sesekali memandu jika anda ingin mengambil dadah dan minum malam itu.
  • Jangan naik teksi seorang diri ketika anda sedang mabuk/khayal
  • Sentiasa memberitahu penjaga anda di mana anda akan pergi dan dengan siapa anda akan keluar bersama.
  • Jangan ambil dadah/ubat-ubatan, makanan atau minuman dari orang yang tidak dikenali terutamanya jika anda tidak tahu apa yang sebenarnya terkandung di dalamnya.
  • Ketahui dan ingat had anda – jangan mengambil apa-apa yang lebih tinggi dosnya daripada apa yang ada biasa diberikan.
  • Dapatkan kit ujian ketulenan dadah supaya anda boleh menyemak ketulenan bahan – dadah yang tidak asli boleh mengandungi toksin yang boleh membawa maut kepada penggunanya.
  • Jangan biarkan mana-mana dadah ada di bawah jagaan anda – kerana ianya adalah di sisi undang-undang.
  • Kekal terhidrat
  • Prihatin terhadap keselamatan orang sekeliling anda.

Semoga dengan tips-tips di atas berjaya dipraktikan dalam aktiviti berpesta anda dan anda akan lebih berhati-berhati di masa hadapan.

Sumber: http://www.mmgazette.com

Show More

Related Articles

Back to top button