Teknologi

Aplikasi Pokemon GO kekalkan 151 Pokemon pertama

Pokemon GO merupakan salah satu permainan video telefon pintar yang amat dinantikan penyokong setia! Tentunya Pokemon telah menjadi kegilaan kanak-kanak zaman 90an sama ada filem, permainan kad mahupun permainan konsol Nintendo seperti Game Boy.

Berikut adalah beberapa fakta mengenai permainan video ini:

  1.  Pokemon GO tampilkan 151 Pokemon pertama termasuk Pikachu, Bulbasaur, Squirtle dan Charmander.
  2.  232 jenis serangan: 95 serangan pantas baharu yang tidak pernah ditampilkan dalam versi Pokemon Red / Blue / Yellow / Green.
  3. Kegunaan ‘Badges’ mewakili pencapaian anda dalam permainan seperti jarak keseluruhan perjalanan, entri baharu Pokedex, dan penagkapan Pokemon.
  4. 151 Pokemon itu terdiri daripada 7 kelas: Stoic, Guardian, Assassin, Raider, Protector, Sentry, and Champion.
  5. Kesemua jenis kuasa dikekalkan termasuk Fairy, Dark, and Steel
  6. Evolusi Pokemon bergantung kepada ‘Evolution Shards’ yang perlu dikutip dalam perjalanan anda. ‘Evolution Shards’ digunakan untuk menghasilkan ‘Evolution Stones’.
  7. Trainer Customization: Terdapat 52 item dan hiasan untuk karakter anda.
  8. Pembelian dalam aplikasi: Terdapat “ball”, “medicine”, pakej “makanan” and pakej “permata”.
  9. Antara item yang boleh dijumpai dalam perjalanan ialah Pokeballs, Potions, Max Revive, 3 items perlawanan, and 5 jenis beri (Razz, Bluk, Nanab, Pinap, Wepear). Barang-barang ini dibahagikan kepada enam kategori: Pokeball, Makanan, Perubatan, Boost, Utiliti, dan Kamera.
  10. Level 50 merupakan level tertinggi bagi setiap trainer setakat ini.

Sumber: http://www.gamespot.com

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close