Isu SemasaTeknologiTempatan

10 Fakta Yang Menyebabkan Lebih Ramai Pengguna Mula Memilih Grab/Uber Berbanding Teksi Biasa

Jika anda terlepas dengan berita baru-baru ini, pemandu-pemandu teksi di Malaysia telah menunjukkan protes terhadap alternatif baru untuk mendapatkan kereta sewa (teksi) iaitu dengan menggunakan aplikasi Grab ataupun Uber.

Jadi apakah yang menyebabkan orang ramai lebih menggunakan aplikasi tersebut berbanding menggunakan teksi biasa?

  1. Anda boleh tahu berapa anggaran tambang yang perlu dibayar sebelum memesan kereta sewa tersebut.

2. Anda boleh tahu bagaimana rupa pemandu anda bersama maklumatnya.

3. Anda juga boleh tahu berapa lama lagi dia akan sampai untuk mengambil anda

4. Tidak memerlukan transaksi ‘cash’, boleh menggunakan kredit/debit kad (boleh menggunakan cash jika tiada kad – Uber sahaja)

5. Anda akan menerima resit perjalanan melalui email (termasuk bayaran tol)

6. Anda boleh berkongsi perjalanan anda bersama rakan lain supaya mereka tahu anda berada di mana

7. Jika anda tertinggal barang di dalam kereta sewa Uber, anda boleh menghubungi  Uber kerana operator mereka beroperasi 24 jam

8. Jika anda tidak puas hati dengan tambang yang dikenakan, anda hanya perlu menekan butang “Problem with your fare” (Masalah dengan tambang) dan Uber akan menyemak semula jalan yang digunakan oleh pemandu tersebut dan membayar ganti rugi serta memohon maaf.

9. Tidak perlu beratur panjang di pusat membeli-belah

10. Tidak perlu menunggu/mencari teksi di bawah terik matahari atau hujan yang lebat

Jadi menurut anda bagaimana teksi biasa yang sedia ada ini boleh bersaing dengan Uber atau Grab? Kalau anda sebagai pengguna tentunya akan memilih perkhidmatan yang lebih murah, efisyen dan baik bukan? Jadi mungkin pemandu teksi yang sedia ada perlu bekerja lebih keras ataupun mengadakan inisiatif baru untuk bersaing secara sihat dengan mereka.

Untuk pengetahuan anda, aplikasi MyTeksi dikenali sebagai Grab. Jadi Grab menawarkan juga perkhidmatan teksi biasa.

*Kami tidak dibayar oleh mana-mana syarikat tetapi berdasarkan pemerhatian dan maklum balas orang ramai.

 

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker