AntarabangsaTeknologi

Uber Mula Hantar Makanan Di US

Syarikat perkhidmatan pengangkutan antarabangsa, Uber sudah mula mengambil langkah seterusnya iaitu penghantaran makanan ke rumah anda menerusi aplikasi UberEats.

Biarpun hanya terdapat di beberapa negeri Amerika Syarikat, kami pasti tidak perlu menunggu lama untuk kemunculan UberEats tatkala aplikasi Uber sudah bertapak di Malaysia.

Anda boleh membuat pesanan daripada pelbagai jenis restoran dalam kawasan anda dengan hanya menggunakan telefon pintar anda. Setelah selesai, anda juga hanya perlu membayar harga makanan serta kos penghantaran sahaja.

Setakat ini, UberEats hanya beroperasi di beberapa negeri antaranya Atlanta, Austin, Chicago, Dallas, Houston, Los Angeles, New York, Paris, San Francisco, Seattle, Toronto, dan Washington, D.C.

Saksikan video percubaan pertama pelanggan dari YouTube:

Sumber: http://www.digitaltrends.com/mobile/apps-of-the-week-taxfyle-huthunt-ubereats/

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker