Gaya HidupKesihatan

Sendi Bengkak Dan Mudah Kejang? Mungkin Anda Mengidap Rheumatoid Arthritis

12920969_1597527827235866_988692433_n

Rheumatoid Arthritis (rheu-ma-toid ar-thri-tis) ataupun (RA) adalah sejenis kondisi yang menyebabkan keradangan kronik pada permukaan sendi kecil seperti jari tangan dan kaki.

Berbeza dengan osteoarthritis (OA) di mana osteoarthritis disebabkan masalah kehausan dan hakisan pada permukaan sendi. Kesan keradangan disebabkan Rheumatoid Arthritis menyebabkan bengkak pada sendi yang menyakitkan dan akhirnya boleh menyebabkan hakisan tulang dan kecacatan sendi.

rheumatoidarthritis

Rheumatoid Arthritis dikatakan berpunca daripada masalah di mana sistem imun dalam badan menyerang tubuh badan kita sendiri. Selain itu, masalah Rheumatoid juga kadangkala boleh menjejaskan organ lain seperti kulit, mata, paru-paru dan saluran darah.

Walaupun masalah Rheumatoid Arthritis boleh berlaku pada sebarang usia, akan tetapi ianya biasa menyerang mereka yang berumur selepas 40 tahun. Masalah ini adalah lebih biasa dihidapi di kalangan wanita.

Tanda-Tanda dan gejala RA:

  • Rasa lebam, suam dan bengkak pada sendi terutamanya sendi kecil seperti jari tangan dan kaki.
  • Kejang sendi pada waktu pagi yang boleh bertahan selama berjam-jam.
  • Terdapat tisu pejal bengkak di bawah kulit pada lengan anda dikenali sebagai nodul rheumatoid
  • Rasa keletihan, demam dan susut berat badan

Rheumatoid arthritis awal cenderung menjejaskan sendi yang kecil terlebih dahulu dan seterusnya apabila penyakit ini berkembang, gejala akan merebak ke pergelangan tangan, lutut, pergelangan kaki, siku, pinggul dan bahu. Dalam kebanyakan kes, gejala-gejala berlaku pada sendi sama pada kedua-dua belah badan anda.

Tanda-tanda dan gejala RA mungkin berbeza dari segi tahap kecederaan dan mungkin datang dan pergi. Apabila tanda-tanda atau gejala RA meningkat, ianya dipanggil sebagai “Flares”. Apabila bengkak dan kesakitan mula hilang dari masa ke semasa, Rheumatoid Arthritis boleh menyebabkan sendi berubah bentuk dan beralih keluar dari kedudukan asal.

Penyebab Rheumatoid Arthritis:

Rheumatoid arthritis berlaku apabila sistem imun anda menyerang synovium- lapisan membran yang mengelilingi sendi anda.

Keradangan akan menyebabkan synovium menjadi pekat yang akhirnya boleh memusnahkan struktur tulang rawan dan tulang dalam sendi.

Tendon dan ligamen yang memegang sendi menjadi lemah dan meregang dan secara tidak langsung akan menyebabkan sendi kehilangan bentuk dan susunan struktur sendi.

Pakar perubatan masih tidak tahu punca masalah RA dan bagaimana ianya boleh berlaku. Walaupun ianya berkaitan dengan genetik, akan tetapi mereka boleh menyebabkan anda lebih terdedah kepada faktor-faktor alam sekitar seperti jangkitan virus dan bakteria tertentu yang boleh menyebabkan penyakit ini.

Diagnosis dan ujian:

Biasanya apabila anda mengalami gejala dan tanda-tanda seperti di atas tadi doktor akan menyarankan anda untuk membuat ujian seperti X-Ray dan ujian darah.

Ujian Darah:

Mereka dengan masalah Rheumatoid Arthritis cenderung untuk mendapatkan kenaikan kadar ESR ataupun erythrocyte sedimentation rate dalam ujian darah yang mana menunjukkan peratus keradangan yang berlaku dalam tubuh badan. Ujian darah biasa yang lain untuk mencari faktor rheumatoid dan anti-kitaran peptida citrullinated antibodi (anti-CCP) juga akan di ambil untuk mengesahkan penyakit ini.

Bagaimana untuk merawat masalah ini?

  • Gejala utama penyakit Rheumatoid adalah bengkak dan keradangan pada sendi, biasanya doktor akan memberi ubat seperti NSAIDs atau Steroid untuk mengawal masalah ini.
  • Ubat seperti Disease-Modifying AntiRheumatic (DMARDs) boleh melambatkan proses perkembangan RA.

Pembedahan:

Biasanya jika ubat tidak berkesan dan sendi menjadi semakin teruk Doktor akan mencadangkan untuk melakukan pembedahan seperti Total Joint Replacement, Tendon Repair dan Joint Fusion.

Terapi Perubatan:

Terapi perubatan amat penting untuk membantu pesakit kembali pulih fungsi sendi, tangan, kaki dan otot.

Perbezaan antara Osteoarthritis dan Rheumatoid Arthritis

RA3

 *Mohd Fadzli Matusin seorang ahli fisioterapi yang berkelulusan Diploma dalam Physiotherapy (Mal) dan Bsc (Hons) Physiotherapy (UK), Beliau berpengalaman selama 4 tahun dalam bidang fisioterapi dan ‘chiropractic’ dan telah melalui ‘advance clinical training’ di Kovai Medical Centre & Hospital Coimbatore India dalam bidang ortopedik dan pemulihan neurologi.

Tags
Show More

Related Articles