Hiburan

Karier solo Nick Jonas terserlah

Sebelum One Direction, 5 Seconds of Summer dan The Vamps, adanya sebuah kumpulan dibarisi tiga lelaki penuh berbakat iaitu Jonas Brothers yang terdiri daripada tiga adik beradik Nick, Joe dan Kevin.

Kini, ahli-ahli kumpulan itu sudah berpisah untuk mencari kejayaan secara solo. Namun, siapa sangka adik bongsu, Nick Jonas akan menguasai carta lagu pop? Dengarkanlah lagu terbarunya, ‘Close’ ft. Tove Lo:

Sebenarnya, bakat Nick terserlah pada usia yang lebih muda. Untuk pengetahuan anda juga, Nick menghadapi penyakit diabetes sejak muda lagi namun itu tidak pernah menjadi penghalang untuk mencari kegemilangannya tersendiri.

Perubahan Nick daripada penyanyi/gitaris berambut kerinting kepada salah satu bakat muda paling terkenal di Hollywood boleh disamakan dengan keunggulan Justin Timberlake setelah meninggalkan kumpulan muziknya, ‘NSync.

Apa yang pasti, Nick bakal berdepan tentangan hebat dalam arena muzik pop dengan kemunculan artis-artis hebat seperti Justin Bieber, Zayn Malik, Demi Lovato, Ariana Grande dan lain-lain.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close