Teknologi

Jaringan Sosial ‘Friendster’ Kembali Dan Anda Boleh Kembali Bersahabat Dengan Kawan Lama?

Masihkah ingat dengan jaringan sosial yang pernah terkenal pada satu ketika dahulu sebelum wujudnya Facebook? Ya! Friendster!

Kebanyakan anak muda awal millenium akan memiliki akaun Friendster namun setelah kewujudan Facebook yang telah mengkombinasikan jaringan sosial dan juga bermain game dan pelbagai ciri yang lebih menarik telah menyebabkan ramai orang beransur-ansur meninggalkan jaringan sosial Friendster.

Kini jaringan sosial bernama Friendster muncul kembali di alam maya. Namun ia adalah jaringan sosial yang bertapak di Indonesia dengan domain bernama Friendster.id.

Mereka menggunakan tagline “Temukan teman lamamu” yang membawa anda mengenang kembali era kegemilangan Friendster lama.

Walau bagaimanapun jika anda ingin menggunakan akaun Friendster lama anda untuk login, anda tidak akan berhasil untuk membuka dan bertemu sahabat lama anda kerana Friendster.id adalah jejaring sosial media yang baru dan tidak ada kena mengena dengan Friendster.com yang lama.

Friendster yang lama berpusat di Mountain View, Amerika Syarikat kini dimilik oleh syarikat Malaysia yang menjadikannya laman game sosial pada 2011 dan jaringan sosial Friendster sudah tidak wujud lagi sejak itu.

 

Sumber:  http://bertop.com/2016/03/17/menjajal-friendster-baru-bisa-ketemu-teman-fs-lama/#sthash.BC6pwvr2.dpuf
Tags
Show More

Related Articles