SukanTempatan

Dua pelumba berbasikal negara kena kencing tikus

Apa nasib dua pelumba berbasikal lebuh raya negara dijangkiti virus kencing tikus..

Bagaimanapun, keadaan Adiq Husainie Othman dan Goh Choon Huat yang mewakili Terengganu Cycling Team (TSG) semakin stabil setelah disahkan dijangkiti virus kencing tikus.

Setakat ini, tidak ada berita mengenai bagaimana atau dimana virus itu ditemui kedua-dua atlet ini.

Menurt lapran Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat diberitahu mengenai perkara itu setelah dihubungi keluarga semalam.

Bagaimanapun, keadaan Adiq dan Choon Huat akan terus dipantau sambil diberi rawatan rapi oleh doktor masing-msing.

“Pada mulanya kita mengesyaki dua pelumba TSG terbabit hanya mengalami deman biasa, namun selepas pemeriksaan rapi dilakukan, doktor mengesahkan mereka terkena dijangkiti virus kencing tikus.

“Kita menerima laporan Adiq berada dalam keadaan stabil dan Choon Huat juga stabil, tetapi masih diberi rawatan rapi,” katanya.

Pelumba terbaik Asia Le Tour de Langkawi 2016 (LTdL16) Adiq sedang mendapat rawatan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur sementara Choon Huat, pelumba import kelahiran Singapura, sedang dirawat di Hospital Pakar Salam.

Sumber: Berita Harian

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button