Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Rupanya Tempat Paling Kotor Di Rumah Bukan Tandas Tetapi…

Tempat kita selalunya membuang najis adalah tentunya merupakan tempat yang kita rasa adalah paling kotor di rumah. Tetapi ternyata tidak!

Tempat yang paling kotor di rumah kita ialah tempat kita menyimpan makanan, memasak, membasuh dan memotong makanan. Ya! Dapur adalah tempat paling kotor di rumah.

Mengapa?

Kerana makanan merupakan pusat pembiakan bakteria dan mereka berada di sekitar dapur anda.

Ahli mikrobiologis berkata pencemaran berlaku kerana terdapat permukaan meja untuk memotong makanan, peti sejuk – menyimpan makanan dan perkakas-perkakas dapur.

Tempat pembiakan bakteria yang paling dasyat ialah….

Span dapur yang mencuci semua perkakas-perkakas dapur dan pinggan mangkuk anda!

Ianya adalah sangat kotor dan dicemari dengan pelbagai bakteria kerana ia mencuci sisa makanan seperti sayur, daging dan sebagainya. Semuanya ini adalah tempat bakteria membiak.

Pasti anda tertanya jadi bagaimana hendak membersihkan span pinggan mangkuk tersebut?

Inilah caranya

Bahan penting

1. Air

2. Peluntur

3. Botol

Langkah-langkah

Isi botol dengan 1 bahagian peluntur dan 9 bahagian air

Setelah itu hanya masukkan span anda di dalam campuran peluntur dan air tersebut.

Pembersihan ini perlu dilakukan setiap kali anda mencuci pinggan mangkuk.

Selain daripada itu, membersihkan dapur adalah perkara terbaik untuk memastikan kebersihan diri terjamin. Jangan menyentuh dapur setelah memotong atau menyentuh daging. Jangan potong sayur pada tempat pemotongan yang sama dengan tempat pemotongan daging. Ini semua untuk mengelakkan kontaminasi bakteria.

Sumber: techinsider

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker