AntarabangsaBisnes & EkonomiIsu Semasa

Royal Brunei Airlines: Kru penerbangan wanita pertama

Satu lagi langkah ke hadapan buat negara Brunei yang menghantar tiga juruterbang wanita untuk mengetuai kru penerbangan wanita pertama di dunia.

Kapten Sharifah Czarena, and Pegawai-pegawai kanan pertama Dk Nadiah Pg Khashiem and Sariana Nordin melengkapkan kru tiga wanita kokpit.

Bagi Kapten Czarena, ini bukan kali pertama namanya dicetak dalam rekod baharu. Dia juga menjadi juruterbang pertama Royal Brunei Airlines untuk berlepas dari lapangan terbang Heathrow di London menaiki jentera utama Boeing 787 Dreamliner.

“Orang ramai sering memandang juruterbang sebagai satu karier khas buat lelaki.

“Sebagai seorang wanita, seorang wanita dari Brunei, ini adalah satu pencapaian yag saya amat menghargai. Ini adalah bukti bahawa generasi wanita baharu mampu mencapai segala impian yang ditetapkan,” kata Czarena.

Lebih menarik, penerbangan kru wanita pertama ini juga mendarat di negara Arab Saudi, sebuah negara di mana kaum wanita masih belum dibenarkan untuk memandu kereta.

“Mereka telah mengharumkan kaum wanita sedunia tetapi sayangnya, mereka terpaksa mendarat di sebuah negara yang masih enggan mengiktifarfkan kaum wanita pada taraf yang sama seperti lelaki. Sungguh ironik,” menurut komen yang dipetik daripada akaun Instagram, Royal Brunei Airlines.

Sumber: http://www.thememo.com

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close