Hiburan

Netflix umum pembaharuan ‘Voltron’

Pembela alam semesta, Voltron akan dihidupkan semula oleh penyedia perkhidmatan penstriman video, Netflix pada bulan 10 Jun tahun ini.

Bulan lepas, treler pertama disiarkan kepada orang ramai dan menyaksikan versi terbaru, ‘Voltron: Legendary Defender’ tampil lebih klasik sebagai satu penghormatan kepada francais popular itu.

Siri Voltron menjadi dipopularkan pada zaman 80an hingga 90an dan meceritakan kisah hidup 5 angkasawan muda iaitu Keith, Lance, Hunk, Pidge and Shiro yang terpaksa menggalas tanggungjawab mempertahankan dunia mereka daripada ancaman galaksi yang diketuai King Zarkon.

Kesemua 13 episod boleh ditontoni sebaik sahaja ia dilancarkan di Netflix pada 10 Jun, 2016.

Sumber: http://www.ubergizmo.com/2016/03/netflix-voltron-series-release-date-confirmed/?utm_source=mainrss

Tags
Show More

Related Articles