Antarabangsa

Kucing selamat selepas 8 hari tersangkut dalam pos

Seekor kucing Siam yang dinamakan ‘Cupcake’ telah disatukan semula dengan pemiliknya setelah diselamatkan ketika terperangkap dalam pakej pos selama 8 hari.

Menurut pemiliknya, Julie Bagott, dia tidak percaya dia akan disatukan semula dengan haiwan peliharaannya yang tersayang.

“Saya mencari Cupcake di semua tempat. Tidak sangka dia akan berada dalam kotak DVD itu. Saya sangat sedih apabila tidak dapat mencarinya selama seminggu,” katanya.

CupcakePost

Manakala, doktor haiwan Ben Colwell, menyifatkan kucing itu mengalamani masalah dehidrasi setelah tiba dikliniknya.

“Cupcake sangat takut sebelum ini tetapi dia sedang pulih dengan cepat,” katanya.

Kucing boleh bertahan lebih lama tanpa makanan dan minuman berbanding haiwan-haiwan lain namun ia juga bergantung kepada keadaan dan kesihatan semasa kucing tersebut.

Sumber: http://www.abc.net.au/news/2016-03-28/cat-recovering-well-after-spending-eight-days-in-the-post/7278844?

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker