Bisnes & Ekonomi

Dibuli Di Sekolah Dia Balas Dendam Dengan Menjadi Jutawan

Pada usia remaja Ollie Forsyth telah menjadi seorang yang berjaya berbanding rakan sebayanya yang lain. Pemuda berusia 17 tahun ini merupakan mangsa buli di sekolah menengah dan telah bangkit untuk membuktikan kehebatan dirinya.

Pada awal usianya, Ollie mengalami disleksia iaitu gangguan dalam pembelajaran. Oleh itu dia ke sekolah khas tetapi Ollie dipindahkan ke sekolah biasa dan selama tiga tahun di situ, ia merupakan pengalaman ngeri untuk dirinya.

Ollie bukan sahaja menjadi mangsa buli di sekolah tetapi dia turut dibuli di alam maya. Keadaan semakin teruk sehingga dia hampir membunuh diri. Namun, dia telah mengambil nasihat dari guru kaunselingnya supaya bertahan dan menjadi orang yang berjaya di masa hadapan.

“Inilah yang membawa saya mencapai kejayaan. Saya dibuli dengan teruk, saya ingin mengakhiri hidup, tetapi saya berkata kepada diri sendiri ‘Saya akan menjadi jutawan suatu hari nanti dan mereka akan bekerja untuk saya.”

Ollie mewujudkan sebuah kedai atas talian yang bernama Ollie’s Shop, sebuah toko cenderahati pada usia 13 tahun. Perniagaan yang kelihatan seperti sebuah perniagaan kecil itu mampu meraih sebanyak 13.000 Poundsterling (RM75,400) pada tahun pertama. Perniagaannya setelah itu berkembang pesat sehingga menghasilkan 30.000 Poundsterling (RM174,000) setiap tahun.

Sumber Gambar: dailymail.co.uk

Ollie juga berjaya mendapat anugerah daripada The Great British Entrepreneurs.

Sekarang Ollie sedang menulis buku dan membuat majalah perniagaan yang juga diedarkan di Amerika Syarikat, Jerman dan England.

Selain itu, dia juga membuat laman web khusus pertukaran atas talian yang diberi nama University Bell. Dia mendirikan UNBXD, sebuah agensi digital dengan salah satu rakan sekolahnya dulu.

Syarikat-syarikat besar juga menawarkan pelbagai jawatan di syarikat masing-masing malah ditawarkan 10% saham yang bernilai 1.5 juta Poundsterling (RM8.7juta).

Sumber Gambar: dailymail.co.uk

Apa yang penting, Ollie sangat hampir mengecapi impiannya bergelar jutawan yang dijangka bakal diraih pada usianya 20 tahun nanti.

Apa yang lebih menarik ialah, 5 di antara pembulinya dahulu meminta kerja di syarikat miliknya.

Sumber Gambar: dailymail.co.uk

Sumber: dailymail.co.uk

Tags
Show More

Related Articles