Sukan

Benarkah FAM tersilap mainkan lagu kebangsaan pihak lawan?

KREDIT IMEJ: FAM

Perlawanan antara pasukan Malaysia bawah 22 tahun (B-22) dan Nepal dua hari lepas dikhabarkan wujudnya sedikit kontroversi ketika pengusaha stadium memainkan lagu kebangsaan Nepal yang salah.

Kemungkinan besar, majoriti penonton di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi tidak menyedari kejadian itu tetapi bayangkanlah lagu ‘Negaraku’ tidak dimainkan dalam perlawanan besar yang membabitkan negara tercinta kami? Itulah perasaan pemain-pemain Nepal pada malam itu.

Menurut entri terbaru wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, insiden tersilap putar lagu kebangsaan Nepal pada hari perlawanan adalah sesuatu yang amat memalukan. Ia juga mempertikaikan pelaksanaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang sepatutnya lebih teliti dengan perkara-perkara seperti ini.

Berdasarkan perbualan antara Fina bersama ketua jurulatih Nepal yang berasal dari Jepun, Koji Gyotoku, beliau melabelkan kesilapan itu sebagai satu ‘masalah yang besar’.

“Saya baru kali pertama mendengar lagu kebangsaan Nepal di kejohanan dalam negeri tempoh hari, tiba di sini lagu kebangsaan berbeza dan saya amat terkejut apabila difahamkan, pihak tuan rumah tersilap mainkan lagu negara Nepal.

‘Kesilapan ini tidak sepatutnya berlaku.’ kata Koji.

Perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri 1-1 dan merupakan satu keputusan yang baik tatkala skuad pelapis Malaysia B22 berdepan skuad kebangsaan senior Nepal.

Sumber: http://www.stadiumastro.com/Arena/Personaliti/penuh.aspx?id=194502&title=tersilap-mainkan-lagu-negara—fam-tidak-sensitif

Tags
Show More

Related Articles