Sukan

Apakah Wayne Rooney masih relevan untuk England?

Perlawanan terakhir membabitkan England menimbulkan persoalan, apakah Wayne Rooney masih relevan untuk England? Kemenangan 2-3 ke atas juara dunia Jerman merupakan satu keputusan yang boleh dibanggakan peminat setia Three Lions menjelang saingan EURO 2016 di Perancis.

Jentera serangan England diketuai dua penyerang yang telah mencuri tumpuan sedunia iaitu penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane dan penyerang Leicester City, Jamie Vardy. Kedua-dua pemain sensasi musim ini memberi peringatan supaya jangan terlalu cepat untuk menafikan cabaran England di Perancis.

Kapten Manchester United, Wayne Rooney sudah bertahun-tahun menjadi sandaran utama England namun pasukannya telah gagal mempamerkan aksi yang memberangsangkan pada kejohanan yang besar. England hanya meledakkan 10 gol dalam tiga saingan Piala Dunia terakhir di Jerman 2006, Afrika Selatan 2010 dan Brazil 2014.

Adakah ia terlalu kejam untuk mengatakan bahawa England tidak memerlukan lagi khidmat Wayne Rooney? Mungkin. Bagaimanapun, penyerang Manchester United itu tidak boleh dijaminkan tempat dalam kesebelasan utama tahun ini berdasarkan presatsi semasa Kane dan Vardy.

Untuk rekod, Kane dan Vardy juga merupakan dua penjaring terbanyak kempen Liga Perdana Inggeris tahun ini. Kane meledakkan 21 gol manakal Vardy telah menjaringkan 19 gol selepas 31 aksi perlawanan.

Selain itu, Leicester City dan Tottenham Hotspur merupakan kelompok dua pasukan terbaik musim ini dalam rebutan menjadi juara EPL buat pertama kali dalam sejarah pasukan masing-masing.

Saingan EURO 2016 akan bermula 10 Jun  – 10 Julai nanti.

Tags
Show More

Related Articles