Antarabangsa

Al-Jazeera terpaksa hentikan 500 pekerja

Syarikat media antarabangsa, Al-Jazeera terpaksa menghentikan sebanyak 500 kontrak pekerjanya gara-gara keadaan ekonomi yang kurang stabil.

Dalam satu percubaan untuk mengurangkan kos perbelanjaan, Al-Jazeera turut menghentikan segala operasi di Amerika Syarikat yang disiarkan dalam bahasa Inggeris.

Menurut Ketua Pengarah, Mostefa Souag, beliau mengakui keadaan semasa tidak seperti dulu dan tindakan yang dibuat sekarang adalah untuk menjaminkan masa hadapan syarikat tersebut.

“Kerajaan Qatar lebih terhad di sebalik keadaan pasaran gas dan minyak sedunia. Untuk mengekal sebagai salah satu syarikat media peneraju di mata dunia menerusi berita
yang berkualiti tinggi, kami telah pun menerapkan initiatif baharu untuk mengoptimumkan kerja-kerja kami.

“Dengan itu, initiatif itu akan menggabungkan beberapa pekerjaan sedia ada sekali gus menghentikan beberapa jawatan setelah membuat penilaian yang lebih terperinci,” katanya.

Untuk pengetahuan anda, syarikat media itu membawa masuk kira-kira sebanyak 3,500 pekerja setahun. Secara keseluruhan, dijangka 700 pekerja akan dihentikan kontrak pada April 2016.

Sumber: http://money.cnn.com/2016/03/27/media/al-jazeera-qatar-layoffs/index.html?

Tags
Show More

Related Articles