Gaya HidupKecantikanKesihatan

Kulit Anda Bermasalah Disebabkan Cuaca? Mari Atasinya Bersama!

Negara kita buat masa ini sedang dilanda fenomena ekuinoks yang melampau. Pemanasan global ini dijangka akan berterusan sehingga bulan April. Oleh hal demikian, anda semua haruslah menjaga kesihatan dan kecantikan kulit anda – khususnya buat para wanita. Berikut kami sediakan langkah-langkah untuk mencegah masalah kulit anda!

1. Tidak berada di luar pada pukul 11:00 am – 3:00 pm

25-fi-600x300

Walaupun anda bekerja di pejabat atau tidak bekerja sekalipun, anda dinasihatkan untuk tidak berada diluar dan terdedah kepada cahaya matahari pada tempoh tesebut. Ini kerana, pada waktu itu, matahari akan menyerap kebanyakan vitamin yang terkandung di dalam kulit anda. Akibatnya, anda akan mendapat kesan seperti kurap, panau dan ruam kulit.

2. Minum air secukupnya

dehydration

Meminum jumlah air yang secukupnya adalah penting bagi mengelekkan masalah kekeringan pada kulit kita. Oleh itu, anda perlu pastikan bahawa anda mempunyai jumlah air sebanyak 1500ml bagi menampung kandungan air di dalam badan anda.

3. Mencuci muka anda dengan kerap bagi mengelak kekeringan kulit

image.axd
Bagi anda yang tidak gemar untuk memakai makeup, pastikan anda cuci muka anda dua kali sehari. Bagi mereka yang menggunakan makeup pula digalakkan untuk menggabung foundation dengan sedikit moisturizer bagi mengekalkan kelembapan wajah anda.

4. Konsum makanan yang berasaskan vitamin E

1260770.large

Dengan memakan makan yang mengandungi vitamin E, kulit akan akan kekal lembap di musim panas ini. Antara makanan yang dimaksudkan adalah strawberry, apple, tomato, dan banyak lagi buah-buahan lain.

Seperti mana yang kita tahu, musim panas yang melampau ini akan mengundang pelbagai masalah yang tidak diingini. Oleh itu, gunalah tips-tips di atas bagi mengekalkan kesihatan kulit anda sepanjang fenomena ini.

Sumber: http://intrend.com.my/Gaya-Hidup/Tips-Gaya Hidup/Article.aspx?arc=8990&sec=183

Show More

Related Articles