Gaya Hidup

Ini Adalah Sebab Mengapa Kebanyakan Wanita 30-an Berhenti Bekerja

Stressed businesswoman working in a coffee shop. Selective focus

Terdapat banyak sebab mengapa anda membuat keputusan untuk berhenti bekerja. Antara sebab-sebab yang sering diberikan adalah kerana pengurusan yang teruk, kerja terlalu lama, dan membosankan. Tetapi, mengikut beberapa kajian, bos anda sendiri tidak pasti dengan sebab sebenar anda mahu berhenti bekerja.

Pihak pengurusan bakat dan syarikat kepimpinan ICEDR, majikan-majikan anda sering menganggap bahawa para wanita yang dalam lingkungan 30-an ini meninggalkan pekerjaan mereka atas sebab mereka menginginkan kehidupan yang lebih seimbang atau mereka merancang untuk mempunyai anak.

Tetapi realitinya, sebab utama mengapa mereka bertindak sedemikian adalah atas sebab yang sama kebanyakan lelaki meninggalkan pekerjaan mereka: mereka mahu mendapatkan lebih banyak wang.

41byFtvUmjL._SY344_BO1,204,203,200_

Walau bagaimanapun, bagi kedua-dua jantina, wang bukanlah satu-satu faktornya. Bagi mereka, kekurangan pembelajaran dan peningkatan, serta kekurangan kerja yang bermakna juga merupakan antara sebab-sebab lain mengapa mereka berhenti bekerja. Bagi para lelaki, faktor-faktor tersebut sememangnya memainkan peranan yang penting, tetapi bagi mereka, kekurangan pembelajaran dan peningkatan adalah paling pentinf berbanding gaji.

Apa yang menarik tentang isu ini adalah, faktor-faktor tersebut adalah sama bagi mereka yang berusia 20-an. Ini membuktikan bahawa dengan mempunyai keluarga tidak mempengaruhi pilihan kerjaya kita, seperti mana yang orang fikirkan.

Cuba lah bincangkan hal ini dengan mana-mana perempuan dan anda akan mendapatkan respons yang sama. Walau apa pun, kajian ini membuktikan satu perkara yang paling penting – para-para majikan perlu berhenti menganggap seperti mereka tahu apa yang wanita mahukan.

Sumber: http://www.womenshealthmag.com/life/women-leave-jobs-more-money

Tags
Show More

Related Articles