Apakah pendapat anda mengenai kegunaan Bahasa Inggeris di Malaysia? Adakah ia satu keperluan dalam zaman moden ini ataupun usaha untuk mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perdana perlu ditingkatkan?
Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau mengakui Bahasa Inggeris memainkan peranan penting dari semua aspek namun dia sudah memulakan perancangan untuk memartabatkan bahasa Melayu agak terus berkembang.
“Usaha ini juga memerlukan komitmen yang bersungguh-sungguh dalam kalangan kita, apalagi yang telah diberi tanggungjawab khususnya,” katanya.
Menurut beliau, bahasa Melayu telah pun diangkat sebagai satu daripada 10 bahasa utama dunia, dengan angka melebihi 300 juta orang penutur dan bahasa Melayu diberikan darjat yang tinggi sebagai bahasa kelima terbesar di dunia.
Justeru, Najib menyarankan Kementerian Pendidikan Tinggi dan Dewan Bahasa dan Pustaka mempergiatkan kerjasama dengan beberapa institusi di luar negara dalam usaha mengembang dan memantapkan dunia keilmuan tamadun Melayu dan bahasa Melayu.
Najib berkata kerajaan telah menubuhkan beberapa Kursi Pengajian Melayu di universiti di luar negara sebagai usaha kerjasama bagi mengkaji pendekatan lain untuk memperluaskan penggunaan bahasa Melayu ke negara asing.
Sumber: Bernama