Kesihatan

Pembedahan tanpa anestesia cepatkan pemulihan

Sanggupkah anda mengelakkan diri daripada menggunakan anestesia demi pemulihan yang lebih cepat? Menurut Star2.com, anestesia mampu memanjangkan tempoh pemulihan badan anda sekali gus meninggalkan beberapa kesan-kesan lain.

Dr Paul Sorajja, seorang pakar pakar kardiologi di Abbott Northwestern Hospital, Minnesota, mengimbas semula satu kes pembedahan injap jantung. Pesakit itu terbangun daripada tidurnya namun dia pulih sepenuhnya dalam masa yang singkat.

“Sebenarnya pembedahan ini mengambil masa berminggu-minggu untuk pulih sepenuhnya. Baru-baru ini, tempoh itu dikurangkan lagi,” kata Sorajja.

Biarpun anestesia am masih lagi dianggap sebagai satu keperluan bagi pembedahan besar yang lebih merumitkan. Malah, doktor menggunakan ubat pelali yang mengurangkan kesakitan semasa pembedahan tetapi ia tidak membuatkan anda tidur.

“Pada zaman 80an, selagi pesakit itu boleh bergerak dengan biasa selepas pembedahan, kami anggap proses itu sebagai satu pembedahan yang berjaya.

“Kini, kami sudah tahu bahawa anestesia am mampu memberi kesan kepada organ-organ lain seperti buah pinggang, jantung dan lain-lain,” tambahnya.

Sumber: http://www.star2.com/health/wellness/2016/03/26/being-awake-during-surgery-could-help-you-heal-better/?

Tags
Show More

Related Articles