Sukan

Nicol tekad tebus kekecewaan

Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David akan membuat satu perhitungan hebat dengan musuh ketat dari Mesir, Nour El Sherbini dalam saingan Terbuka British di Arena Airco, Hull.

Atas kertas, bekas pemain No.1 dunia itu berdepan musuh yang menidakkannya dalam tiga pertemuan terakhir. Apa yang pasti, Nicol perlu mempamerkan prestasi terbaik malam ini untuk meneruskan cabarannya untuk kembali ke persada ranking dunia sekali lagi.

Nicol David melepasi cabaran suku akhir dengan menewaskan seorang lagi pemain Mesir, Omneya Abdel Kawy awal pagi tadi.

Pemain nombor dua dunia itu yang memburu gelaran keenamnya dalam kejohanan ini menewaskan Omneya yang menduduki ranking keenam dunia dengan 11-4, 12-14, 12-10, 11-2 dalam masa 46 minit.

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/137384

Tags
Show More

Related Articles