Gaya HidupKesihatan

Ketahui Bagaimana Untuk Melakukan Pemeriksaan Kanser Payudara Di Rumah Anda!

Mungkin ada di kalangan para wanita di luar sana yang was-was dengan kesihatan diri mereka sendiri. Mungkin ada yang mempersoalkan sekiranya mereka menghidap kanser atau tidak? Kita tidak dapat menyangkal kenyataan bahawa ada ramai para wanita di luar sana yang malu untuk membuat temu janji dengan doktor pakar tentang hal ini. Oleh itu, isu ini membuat mereka tertanya-tanya, dengan cara apakah yang patut mereka lakukan bagi mengenal pasti gejala ini?

Apa yang paling penting adalah, pertama sekali anda perlu membuat pemeriksaan payudara ini sendiri. Bilakah waktu yang sesuai untuk melakukan pemeriksaan ini? Jawapannya adalah sebulan sekali, iaitu 7-10 hari sebelum permulaan haid yang akan datang. Namun begitu, bagaimanakah caranya untuk melakukan pemeriksaan ini sendiri di rumah anda?

Berikut adalah antara langkah-langkah yang boleh anda cuba untuk melakukan pemeriksaan tersebut:

1. Ketika Mandi

breast_self_exam4_tcm8-326738

Angkat sebelah tangan anda dan lakukan gerakan secara mendatar ke seluruh payudara anda dengan menggunakan satu jari. Periksa sekiranya terdapat ketulan atau gumpalan keras di payudara anda. Lakukan proses ini untuk kedua-dua belah payudara anda.

2. Berdiri di Hadapan Cermin

Breast-Self-Examination - Copy

• Angkat kedua-dua tangan, pusing perlahan- lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.
• Cekak pinggang anda, tekan perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan.
• Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur payudara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.
• Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan (jernih/ mengandungi darah) yang keluar.

3. Ketika Baring

Breast-Self-Examination

Letakkan bantal di bawah sebelah daripada bahu anda dan tangan diletakkan di belakang kepala untuk membuat pemeriksaan. Tekan jari dan gerak perlahan-lahan secara memusar, bermula dari bahagian pangkal payu dara. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payu dara termasuk puting.

Jadi sekiranya selepas melakukan pemeriksaan ini anda mendapati bahawa anda berpotensi untuk menghidap penyakit ini, jumpa lah doktor anda dengan segera supaya ianya dapat dicegah sebelum terlambat.

Sumber: http://intrend.com.my/Gaya-Hidup/Tips-Gaya-Hidup/Article.aspx?arc=17506&sec=183

Tags
Show More

Related Articles