Gaya HidupKesihatan

6 Keistimewaan Tersembunyi Mereka Yang Introvert

Anda atau mungkin ada orang di sekeliling anda merupakan seorang yang pendiam dan pemalu. Namun begitu, jangan sesekali anda pandang rendah dengan kelompok ini, kerana mereka merupakan kelompok yang mempunyai kekuatan yang tersembunyi yang mungkin anda tidak tahu. Ini adalah antara keistimewaan para introvert ini!

1. Mereka Adalah Penyelesai Masalah

1-6-strengths-of-introverts-problem-solving
Sama ada anda mencari nasihat tentang percintaan atau jawapan bagi soalan addmaths anda, para introvert ini meungkin mempunyai jawapannya, atau tahu bagaimana untuk mencarinya. Malah, satu kajian dari Harvard Business School mendapati bahawa introvert boleh menjadi pemimpin yang lebih baik daripada ekstrovert, terutamanya apabila ahli pasukan mereka secara semula jadi proaktif.

2. Mereka Cukup Bersedia Dengan Banyak Perkara

02-6-strengths-of-introverts-prepared

Golongan introvert ini gemar untuk membuat persediaan yang lengkap, terutamanya di tempat kerja, mereka juga mungkin akan mengambil masa yang lebih lama dari ekstrovert untuk berfikir dan menjawab sesuatu soalan.

3. Kebanyakan Daripada Mereka Pandai Menulis

03-6-strengths-of-introverts-writer

“Penulisan, bagi saya, adalah seumpama berfikir melalui jari-jemari saya,” kata Isaac Asimov. Bagi mereka, mereka boleh mendapatkan ketenangan yang mereka inginkan melalui penulisan mereka.

4. Mereka Juga Adalah Pendengar Yang Baik

04-6-strengths-of-introverts-listeners
Disebabkan mereka ini pendiam secara semula jadinya, mereka ini dilahirkan untuk menjadi pendengar yang baik. Mereka cenderung untuk mengambil kesemua maklumat dengan berhati-hati dan hanya selepas betul-betul memahaminya, mereka akan menawarkan pandangan mereka.

5. Mereka Juga Sangat Kreatif

05-6-strengths-of-introverts-creative
Pakar psikologi Mihaly Csikszentmihalyi dan Gregory Feist mendapati bahawa orang-orang yang paling kreatif dalam pelbagai bidang adalah introvert.

6. Yang Paling Penting, Mereka Adalah Kawan Yang Sangat Baik

image
Mereka ini amat setia, memberi penuh perhatian, dan amat dipercayai, introvert secara kebiasaannya adalah kawan yang baik. Dan anggaplah diri anda bertuah – kerana mereka sangat cerewet apabila memilih rakan-rakan.
Sumber: http://www.rd.com/health/wellness/introvert-personality-strengths/

Tags
Show More

Related Articles