Isu SemasaTempatan

‘Pak Lah’ dilantik penasihat Petronas baharu

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi akan memulakan tugasnya sebagai penasihat kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bermula 1 April, 2016.

Keputusan untuk memberi jawatan itu kepada ‘Pak Lah’ tidak mengejutkan sedangkan posisi itu hanya pernah dipegang seorang bekas Perdana Menteri seperti Hussein Onn dan Tun Mahathir.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau bakal menggantikan Tun Dr Mahathir atas sebab ‘tidak mendukung kerjaan sedia ada’.

Selain itu, pelancaran ‘Deklarasi Rakyat’ juga menjejaskan posisi Tun Mahathir setelah sekian lama.

Keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Tun M dibuat 11 Mac lalu kerana beliau tidak memegang sebarang jawatan yang berkaitan dengan kerajaan.

Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/listgeneral.php?page=4

Tags
Show More

Related Articles