Gaya Hidup

Memahami Maksud ‘Good Friday’ dan Hari ‘Easter’ Bagi Penganut Kristian

Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (“Holy Week”) penganut Kristian akan menyambut Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib dan pada hari Ahad seminggu sebelum Easter pula dikenali sebagai Ahad Palma (“Palm Sunday”).

Pada hari Ahad Palma itu setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah didoakan oleh para paderi sebagai tanda permulaan Minggu Suci.

Perayaan Easter pula merupakan acara kepercayaan penganut agama Kristian bahawa pada hari tersebut (Hari Ahad), Jesus Christ telah dihidupkan kembali (atau dibangkitkan semula).

Easter lazimnya disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.

Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani yang merayakan datangnya musim bunga.

Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur pula adalah simbolik kepada kesuburan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close