Antarabangsa

London Underground miliki spesies nyamuk sendiri

Sebanyak 1.3 bilion penumpang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, London Underground atau lebih dikenali sebagai ‘The Tube’. Ia merupakan landasan keretapi bawah tanah pertama di dunia.

Namun, ada satu spesies nyamuk yang didapati telah dilahirkan serta membesar di lokasi itu.

Nama sebenar spesies nyamuk itu ialah Culex pipiens molestus tetapi scara tidak mengejutkan, ia lebih dikenali sebagai ‘London Underground Mosquito’.

Landasan bawah tanah itu dibina sejak 150 tahun lalu dan kemunculan pertama nyamuk tersebut dijangka berlaku pada zaman Perang Dunia Kedua.

Spesies tersebut tidak membahayakan malah ia dianggap sama seperti nyamuk yang terdapat dalam majoriti rumah tangga di London. Culex pipiens molestus juga telah merebak sejauh Amerika Syarikat ketika ia dijumpai di dalam landasan keretapi bawah tanah Amerika Syarikat juga.

Sumber: http://www.smithsonianmag.com/smart-news/london-underground-has-its-own-mosquito-subspecies-180958566/?&no-ist

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker