Sukan

Dr. Vida diberi amaran pertama

‘Bawa bertenang’. Itu yang diluahkan Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam kepada penaja utama pasukan Kelantan dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman.

Lebih dikenali sebagai Dr Vida, pengasas produk kosmetik Qu Puteh itu diminta syarikat penganjur Liga Malaysia supaya memahami serta mematuhi segala peraturan sekali gus bertindak profesional sebagai seorang penaja kelab.

“Beliau perlu mematuhi peraturan di kawasan teknikal seperti elakkan menggunakan telefon bimbit, pakaian tidak boleh sama dengan yang dipakai oleh pemain di padang… itu sebab pemain yang berada di bangku simpanan memakai bib agar tidak sama dengan rakan sepasukan yang sedang beraksi.

“Selain itu, beliau tidak boleh meninggalkan kawasan teknikal untuk bertemu dengan penyokong dan perkara-perkara seumpama itu. Ia adalah peraturan biasa dalam bola sepak yang perlu dipatuhi,” katanya.

Untuk pengetahuan anda, biarpun Dr Vida mempunyai niat untuk meningkatkan mutu bolasepak negara, ramai ahli-ahli persatuan negeri lain berpendapat Dr. Vida bukan sahaja bertindak sebagai penaja malah membawa dirinya seperti pemilik pasukan Kelantan secara keseluruhan.

Dr Vida dibenarkan memasuki kawasan teknikal menerusi pendaftaran oleh KAFA sebagai pegawai pasukan, dan FMLLP selaku entiti swasta yang menguruskan Liga Malaysia (Liga M) sejak awal musim ini, akur berdasarkan peraturan itu.

Bagaimanapun, itu tidak menghalang pihak FMLLP untuk mengeluarkan hukuman ke atasnya sama seperti mana-mana ahli persatuan yang melanggar peraturan Liga-M.

Sumber: Berita Harian

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker