HiburanTeknologi

Apple umum rancangan TV pertama

Apple sudah lama dijangka akan menerjun ke dalam industri filem dan televisyen. Lebih mengejutkan adalah keputusan mereka untuk menghasilkan siri TV yang menceritakan kisah hidup seorang pembina aplikasi.

Projek televisyen itu meletakkan Apple pada taraf yang sama seperti Netflix dan Amazon yang juga menghasilkan program-program sendiri biarpun bukan sebuah studio rakaman.

Menurut Naib Presiden kanan Apple, Eddie Cue, dia berkata: “Kami sudah menyaksikan beberapa cerita yang mengagumkan daripada pembina-pembina aplikasi kami.

“Kami mahu anda merasai kehidupan seorang pekerja dalam dunia IT dan mendedahkan sedikit mengenai proses pembinaan aplikasi serta sektor ekonomi teknologi,” kata Eddie.

Apple akan bekerjasama dengan ketua kumpulan Black Eyed Peas iaitu will.i.am.

Sumber:  DigitalSpy.com

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker