Kesihatan

Air Kelapa Muda pilihan terbaik pada musim panas

Menurut kajian yang dibuat Hospital Kuala Lumpur (HKL), rakyat Malaysia digalakkan minum air kelapa muda gara-gara cuaca yang panas baru-baru ini.

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian HKL, Ridzoni Sulaiman mendedahkan minuman tersebut mampu mengembalikan suhu badan peminumnya kepada paras normal.

“Air kelapa muda mengandungi elektrolit yang boleh membantu mengembalikan ion tubuh yang hilang akibat proses dehidrasi ekoran cuaca panas.

“Selain itu air kelapa muda sangat tinggi dengan kandungan potassium, klorida, magnesium, kalsium, sodium serta vitamin B komplek yang mampu mengawal tekanan darah, merendahkan kekejangan otot serta menaikkan selera makan dan minum ketika musim panas.

“Untuk lagi bagus, elak daripada mengambil air kelapa yang dicampur dengan gula. Beli sebiji kelapa muda yang belum dipotong dan minum airnya yang segar,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, beliau juga menyarankan orang ramai mencari air minuman buah-buahan yang mengandungi pelbagai jenis nutrien dan vitamin. Manakala, 2.5 liter air kosong (10-12 gelas) adalah wajib pada setiap hari ketika cuaca berada di tahap yang membahayakan.

Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1228677

Tags
Show More

Related Articles