Sukan

Adik menyerlah, Abang hilang inspirasi

Para penyokong Harimau Malaysia boleh bangga dengan prestasi Skuad Projek Sukan SEA 2017 namun pasukan senior, yang dikendalikan Datuk Ong Kim Swee harus memperbaiki prestasi lagi.

Skuad kebangsaan menutup kempen Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 dengan kekalahan 2-0 kepada Arab Saudi dalam aksi di Stadium King Abdullah Sports City, Jeddah.

Seperti yang dijangka, Arab Saudi mendominasi perlawanan sejak wisel pertama ditiupkan.

Arab Saudi bagaimanapun memulakan perlawanan dengan berhati-hati namun gemar menukar helah mengubah tempo permainan dan sesekali menggunakan hantaran jauh untuk memerangkap pertahanan negara.

Khairul Fahmi Che Mat berdepan ujian cubaan tepat pertama dari sebelah kanan pintu golnya menerusi Abdullah Al-Zohri pada minit ke-19.

Skuad negara terpaksa membuat pertukaran pertama membabitkan Aidil Zafuan Ab Razak yang digantikan dengan Shahrom Kalam akibat kecederaan pada pertengahan babak pertama.

Pada m-37, gol Mohammad Al-Sahrawi untuk Arab Saudi dibatalkan kerana ofsaid.

Pintu gol Malaysia terus sibuk dan hampir menggandakan kedudukan mereka, namun Brendann Gan menampan cubaan terbuka Omar Othman pada minit ke-42.

Arab Saudi mengekalkan penguasaan mereka pada separuh masa kedua yang menyaksikan lima minit selepas itu untuk menggegar gawang Malaysia.

Arab Saudi bijak memanfaatkan ruang dari sebelah kanan untuk disudahkan Shawi” ketika pasukan negara cuba mengatur serangan.

Malaysia membuat pertukaran dengan mengeluarkan Wan Zack Haikal dan Matthew Davies.

Pada minit-74 giliran Taisir Al-Jassim menambah luka kepada Harimau Malaya dengan gol kedua perlawanan di ruang sukar.

Untuk rekod, skuad Malaysia Bawah 22 tahun yang dikendalikan warga Jerman, Frank Bernhardt mencatat kemenangan memberangsangkan ketika menidakkan Filipina 4-1 di Stadium Paroi beberapa hari lepas.

Tags
Show More

Related Articles