Antarabangsa

Tentera Rusia Rekrut Ikan Lumba-lumba Dalam Pasukan Pertahanan Negara

Tender dari Kementerian Pertahanan yang diterbitkan pada minggu ini mencari lima ikan lumba-lumba yang mempunyai ‘gigi sempurna’.

Notis misteri menyatakan bahawa tentera Rusia bersedia untuk membayar wang sebanyak $ 24,000 kepada broker yang boleh menyediakan tiga ekor ikan lumba-lumba jantan dan dua ikan bottlenose betina.

Tender yang menetapkan bahawa haiwan tersebut perlu bersedia dan sanggup untuk “paparan aktiviti bermotor” serta memerlukan ukuran panjang purata sekitar 8-9 kaki panjang.

Tidak ada petunjuk bahawa ikan lumba-lumba tersebut akan digunakan aktiviti ketenteraan. Ini kerana notis itu tidak membayangkan bahawa Rusia mempunyai idea menggunakan haiwan tersebut untuk operasi ketenteraan.

45317_us-dolphins-blacki

Konsep ini sebenarnya bukanlah mustahil kerana Soviet sebelum ini menggunakan ikan lumba-lumba semasa Perang Dingin dan tentera AS juga dipercayai mempunyai ikan lumba-lumba yang terlatih.

Sebagai perenang pintar yang sangat mahir, haiwan tersebut telah digunakan untuk beberapa tugas yang berbeza termasuk menyelamatkan pelaut, mengesan periuk api dalam air dan juga mengintip musuh.

Sama ada Rusia akan dapat mencari mana-mana calon untuk projek terbarunya bagaimanapun masih belum dapat diketahui.

 

Sumber: unexplained-mysteries.com

Show More

Related Articles