HiburanTempatan

Teater Sabah Bakal Buat Persembahan Pertama Di KL

Teater Pitapat merupakan sebuah teater yang ditubukan di Sabah. Kini, mereka bakal membuat persembahan pertama mereka di hadapan penonton dari Lembah Klang.

Produksi yang bertajuk ‘An Enemy Of The People. At The Moment’ adalah sebuah lakonan drama di atas pentas yang mendapat sambutan dasyat dari penduduk Kota Kinabalu tahun lepas.

Cerita itu adalah ulangan berdasarkan karya penulis dari Norway, Henrik Ibsen yang menceritakan keadaan masyarakat yang dicemari krisis alam sekitar, perangkap demokrasi, dan manifesto anarkisme.

Persembahan itu dibintangi oleh pelakon-pelakon tanah air baharu iaitu Hau Guei Sze, Georgina Tay, Phoebe Tsen, Rosmawati Suffian Koroh dan Eugene Tong.

Perkembangan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu mengungguli bidang lakonan drama dan seni persembahan. Selain itu, ia juga menunujukkan bahawa anak-anak Malaysia memiliki bakat dan pengetahuan tinggi mengenai industri tersebut.

Sumber: http://www.star2.com/culture/arts/2016/03/24/sabah-pitapat-theatre-brings-over-a-thought-provoking-production-to-dpac/?

Tags
Show More

Related Articles