Hiburan

‘The Flash’ dan ‘Arrow’ Hasilkan Filem Sendiri

Stephen Amell, 34 dan sepupunya, Robbie Amell, 27 akan berganding buat kali kedua di skrin besar dengan filem terbaru mereka, Code 8.

Keluarga Amell pernah bekerjasama ketika Stephen memainkan watak Oliver Queen dalam rancangan Arrow, mankala Robbie pernah memainkan watak Firestorm dalam rancangan The Flash.

Untuk pengetahuan anda, Arrow dan The Flash dihasilkan oleh studio yang sama jadi kedua-dua dunia mereka pernah bertembung dalam satu episod.

AmellBro

Kali ini, Code 8 menceritakan keadaan dunia di mana 4% daripada seluruh manusia memiliki kebolehan luar biasa.

Nampaknya, perwatakan wira tidak dapat dipisahkan daripada kedua-dua pelakon muda ini.

Lebih menarik, kedua-dua ahli keluarga Amell ini mahukan sokongan daripada para peminat dan juga meminta pertolongan mereka supaya filem tersebut dapat dihasilkan dengan lebih baik.

Sumber: http://www.contactmusic.com/robbie-amell/news/robbie-stephen-amell-team-up-for-superhero-film_5185636?

Tags
Show More

Related Articles