Teknologi

HTC M10: Peluang terakhir HTC

Ramai berkata tahun 2016 merupakan ‘peluang terakkhir’ buat syarikat teknologi Taiwan, HTC untuk melancarkan satu peranti yang tidak akan dilupakan.

Tugas mereka ternyata lebih memnyukarkan apatah lagi dengan kemunculan Samsung Glaxy S7/S7 Edge, LG G5, Xiaomi Mi5 dan iPhone SE baru-baru ini.

Secara ringkasnya, produk-produk HTC amat mengecewakan pada tahun 2015. Jadi, apakah spesifikasi baru yang doleh dinantikan para peminat?

Reka bentuk menarik

M10

Sejak bertahun-tahun lagi, HTC berjaya menghasilkan peranti yang mempunyai rekabentuk besi yang menjadi tumpuan utama. Kali ini, rekabentuk itu telah dikekalkan dengan pelbagai versi warna iaitu Topaz Gold, Glacier Silver and Carbon Gray.

Kepulangan ‘BoomSound Speakers’?

BoomSound

Berdasarkan gambar-gambar peranti itu, HTC menggugurkan alat pembesar suara utama BoomSound di permukaan peranti. Ini merupakan satu kekecewaan besar buat peminat HTC apatah lagi speaker itu adalah satu-satunya spesifikasi yang lain daripada yang lain.

Namun, baru-baru ini HTC menyatakan bahawa teknologi BoomSound tidak digugurkan malah ia telah diperbaharui untuk peranti M10. Adakah ia akan memberi impak yang sama?

Dilengkapkan spesifikasi terbaru

Atas kertas, HTC M10 berada di taraf yang sama seperti Samsung dan LG kerana ia menggunakan prosesor Snapdragon 820, Grafik Adreno 530, Memori RAM 4GB dan kapasiti bateri sebanyak 3,000 mAh.

Jadi, sekurang-kurangnya anda tahu bahawa M10 tidak ketinggalan jauh dalam perkembangan teknologi semasa. Namun, persaingan antara syarikat-syarikat lain meletakkan HTC sebagai pencabar kerdil apatah lagi kuasa-kuasa dari China turut mendapatkan publisiti yang lebih hebat tahun ini.

Nantikan pelancaran HTC M10 ataupun HTC Perfume pada 12 April ini!

Sumber: http://www.androidauthority.com/htc-10-confirmed-boomsound-682002/

Tags
Show More

Related Articles